Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Beg Kait ‘Trendy’ Azizah Jadi Buruan Gadis Muda!

Berbekalkan ilmu cara mengait bermacam jenis barangan khususnya beg dari YouTube, Azizah terus memesan barang mengait dalam talian dan mula menjalankan perniagaan di bawah jenamanya sendiri, bygja.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 5:19PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kecil lagi, Azizah Mohamad Zaki sering melihat ibunya bermain dengan jarum dan benang untuk mengait.

Dari alas meja, beg, alas kusyen, dan stoking bayi semuanya dihasilkan oleh tangan ibunya sendiri. Dari situlah tercetus minat untuknya menghasilkan produk yang sama.  Azizah pun berguru dengan ibunya belajar asas mengait yang dipanggil ‘tali air’.

Siapa sangka ilmu yang ditimbanya dahulu diasah dan dipraktikkan semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020.

Berbekalkan ilmu cara mengait bermacam jenis barangan khususnya beg dari YouTube, Azizah terus memesan barang mengait dalam talian dan mula menjalankan perniagaan di bawah jenamanya sendiri, bygja.

Mengakui banyak kali tersilap kiraan mengait menyebabkan begnya senget, Azizah terpaksa membuka semua benang dan memulakannya sekali lagi. Itulah cabaran yang terpaksa dihadapinya.

Jika anda tidak sabar, memang seni mengait bukanlah bidang sesuai untuk anda.

“Nak mengait, memang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Sejujurnya, waktu awal dulu memang banyak juga hasil yang tidak menjadi. Tapi jangan putus semangat.

“Bila dah semakin baik saya mula menghasilkan beberapa produk seperti scrunchie, bekas bunga telur dan semestinya beg.

“Ia tidaklah memerlukan modal yang besar. Barang-barang yang saya beli semuanya sekitar RM3 hingga RM6 sahaja dalam talian. Cumanya, ia sangat memerlukan ketekunan dan memakan masa.

“Namun percayalah, jika produk kita sudah menjadi, kita memang akan rasa puas,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.  

Bukan itu sahaja, Azizah turut merasakan mengait adalah sebuah hobi yang sangat teraputik dan boleh menghilangkan tekanan.

“Bila kita sudah mula mengait, kita akan jadi ralit. Kadang semasa bersembang dengan orang pun kita boleh mengait. Sambil menonton televisyen atau menunggu sesuatu pun boleh.

“Kita boleh melakukan aktiviti ini di sela-sela waktu itu. Selalunya pada hujung minggu,” katanya yang juga merupakan pemegang Diploma Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UITM).

Selalu mendapat tempahan beg, Azizah berkata masyarakat hari ini merasakan aksesori beg kait atau krusye sebagai sebuah trend yang segar untuk digayakan. Sebab itulah dia sering mendapat tempahan sampai tidak menang tangan dibuatnya.

Pelanggan juga boleh membuat permintaan warna benang dan reka bentuk beg yang mereka kehendaki. Harga yang ditawarkan juga bergantung kepada saiz beg serta jenis benang yang digunakan. 

Setakat ini, warna yang selalu menjadi pilihan ialah warna-warna pastel terutamanya ungu dan merah jambu.

“Selalunya jika beg bersaiz kecil, saya hanya memerlukan masa dua hari untuk menyiapkannya. Manakala jika saiznya besar seperti beg pakaian, ia memerlukan masa sebulan. Apa yang menarik, saya akan menggunakan tali kulit yang diukir nama pelanggan. 

“Harga pula saya jual mengikut kepada saiz beg. Bermula dari RM30 hingga RM150. 

“Sebenarnya, setiap kali tengok pelanggan menggunakan beg yang saya hasilkan, timbul perasaan bangga dan gembira dalam hati saya. Apalagi pelanggan saya majoritinya adalah gadis-gadis muda. Mereka bijak menggayakannya,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, Azizah turut menyediakan perkhidmatan menyiapkan beg kait mengikut kesesuaian bajet pelanggan.

“Kalau mereka nak murah, biasanya saya akan gunakan benang yang lebih murah seperti cotton neat. Ada banyak jenis benang yang mempengaruhi ketahanan. Selalunya saya menggunakan benang jenis nilon atau PP kerana ia lebih tahan dan keras," tambahnya.

Tidak hanya menghasilkan beg, kini Azizah juga sudah mula menawarkan perkhidmatan lain seperti gubahan hantaran pengantin dan hiasan sirih junjung. Anda boleh mendapatkan gubahan yang cantik bermula dari harga RM10. 

Jika anda ingin membuat tempahan, anda bolehlah menghubungi Azizah di talian 019-6638727. - Getaran, 24 April 2022

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Ibu Tunggal Gadai Emas, Guna Wang Simpanan Demi Kiah Kitchen

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok