Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 6:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Adam Project (Netflix)

Filem Netflix ini disifatkan blockbuster tetapi tidak mencapai senarai Top 10 di Malaysia, namun ia berjaya meraih kutipan 3 juta tontonan sewaktu pertama kali ditayangkan di platform tersebut bermula 11 Mac lalu.

The Adam Project yang diarahkan Shawn Levy membariskan ramai pelakon yang hebat seperti Ryan Reynolds, Mark Ruffalo, Jennifer Garner, Catherine Keener dan Zoe Saldana. Awalnya, watak utama filem ini iaitu Adam telah ditawarkan kepada aktor Tom Cruise.

Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan penangguhan filem ini, tawaran tersebut akhirnya menjadi milik Ryan Reynolds dan menerusi filem bergenre sains fiksyen adventure ini, aktor kacak itu telah berkolaborasi sekali lagi dengan pengarah Shawn Levy selepas menjayakan Free Guy pada tahun lepas.

The Adam Project yang berlatarbelakangkan tahun 2050 ini mengisahkan tentang juruterbang tempur, Adam Reed yang telah merentasi masa dan secara tidak sengaja berdepan dengan kemalangan yang tidak disangka sehingga dia terpaksa mendarat di tahun 2020.

Filem ini mempunyai gabungan elemen Back To The Future, Jumanji (versi asal) serta filem-filem yang berkonsep hero.

Sebetulnya, Adam versi senior merentas masa kerana mahu menyelamatkan isterinya yang berada dalam keadaan bahaya setelah terdampar pada tahun 2018 iaitu tahun di mana ibu bapa Adam masih muda.

Apabila dia secara tidak sengaja mendarat pada tahun 2020 dan menemui versi dirinya pada usia 12 tahun, dia mendapati Adam versi junior telah menjadi mangsa buli dan sedang menghadapi tekanan selepas kehilangan bapanya. - Ellyna Ali

 

'Wedding Agreement The Series' (Disney+ Hotstar)

Perceraian biasanya tidak akan terlintas dalam pemikiran pengantin baharu pada malam perkahwinannya, namun bukan begitu untuk Tian.

Diolah semula daripada filem Indonesia tahun 2019 dengan tajuk yang sama, sekuel 10 episod ini bermula apabila suami Tian, Bian, mencadangkan satu perjanjian bahawa mereka akan bercerai satu tahun selepas perkahwinan, kerana perkahwinan itu semata-mata bagi memenuhi kehendak ibu bapanya.

Sarat dengan adegan menyayat hati dan cinta segi tiga yang rumit, drama bersiri Indonesia ini pastinya akan menjentik emosi anda. Hanya di Disney+ Hotstar. - Shah Shamshiri

 

Captain Phillips (Netflix)

Sebuah filem aksi yang berkisahkan seorang kapten kepada sebuah kapal kontena yang bernama Richard Phillips (lakonan Tom Hanks). Kapal tersebut yang melalui perairan Somalia telah dirampas oleh lanun yang diketuai oleh Abduwali Muse. 

Segala persiapan dan serangan balas telah dilancarkan oleh kapten kapal tersebut namun akhirnya kapal tersebut berjaya ditawan oleh puak lanun Somalia. 

Segala alat canggih telah digunakan oleh lanun tersebut termasuk radio pengawasan satelit digunakan oleh mereka bagi memastikan keadaan dan masa yang sesuai sebelum ia mencangkuk tangga di bahagian sisi kapal dan menahan Kapten Philips. 

Keadaan menjadi kritikal apabila rundingan yang dilakukan oleh Abduwali telah melibatkan pasukan khas tentera laut Amerika (Navy Seal) untuk menyelamatkan kapten Philips dan anak-anak kapalnya yang dikunci di stor simpanan. 

Perundingan yang ditangguh-tangguhkan oleh pihak kerajaan Amerika menyebabkan keadaan menjadi gentir dan pelbagai tragedi berlaku semasa itu.

Diarahkan oleh Paul Greengrass dan ditayangkan pada 2013, filem yang diadaptasikan daripada kisah sebenar melalui kejadian Alabama Hijacking yang diceritakan oleh Kapten Richard Phillips sendiri kini boleh ditonton menerusi saluran rangkaian Netflix. - Izwan Ramlan

 

The Platform (Netflix)

The Platform ialah sebuah filem sains fiksyen bergenre seram dari Sepanyol, arahan Galder Gaztelu-Urrutia dan dibintangi oleh Ivan Massague, Antonio San Juan dan Zorion Eguileor.

Filem ini menyoroti kritikan sosial tentang sistem kasta masyarakat, hawa nafsu dan sifat tamak haloba dalam kalangan manusia.

Sebuah projek uji kaji kemanusiaan diadakan di dalam sebuah menara, di mana penghuninya ditempatkan di setiap aras dan bakal bertukar aras setiap 30 hari.

Menariknya, kesemua penghuni menara misteri ini menyertai projek ini secara sukarela kerana kekangan hidup di luar.

Mereka tidak boleh membawa sebarang pakaian atau makanan dari luar. Makanan akan dibawa dari aras pertama hingga ke aras bawah melalui sebuah ‘platform’ yang sarat dengan makanan.

Namun, mampukah makanan-makanan tersebut diagihkan secara adil sehingga ke aras paling bawah?

Paling menakutkan, di dalam menara ini, undang-undang dunia tidak tertakluk kepada mereka. Maka, mereka bebas melakukan apa sahaja jenayah seperti bunuh dan kanibalisme.

Apabila manusia sedang kebuluran dan berada dalam mod survival, mampukah mereka berfikir secara rasional? – Zaidi Che

 

Believe Me: The Abduction Of Lisa McVey ( Netflix)

Berdasarkan kisah benar. Mengisahkan tentang penculikan Lisa McVey, seorang remaja berusia 17 tahun yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran di Tampa, Florida. 

Pada tahun 1984, Lisa McVey memutuskan untuk membunuh dirinya sendiri selepas bertahun-tahun didera secara seksual oleh teman lelaki neneknya. Remaja itu  sempat menulis nota selamat tinggal. 

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak sempat ditunaikan apabila seorang pembunuh bersiri menculiknya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja. 

Dia yang bertubuh kecil tidak berdaya untuk melawan, jauh sekali mampu melarikan diri. Semangatnya untuk terus hidup membuatkan Lisa terus berjuang. 

Dalam keadaan genting dan beberapa kali diugut untuk dibunuh, Lisa berjaya menawan situasi. Dia juga peka dengan keadaan sekeliling. Akhirnya, tanpa disangka-sangka, Lisa dilepaskan. 

Namun, mimpi ngeri Lisa tidak terhenti di situ apabila ahli keluarganya tidak percaya yang dia sebenarnya diculik. Malah, pihak polis juga enggan percaya. - Rahayu MN - Getaran, 9 April 2022

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah