Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buka Puasa Dengan Menu Ala Carte

Tak gemar berbuka puasa di hotel? Kami ada beberapa cadangan iftar ala carte di lokasi-lokasi selera menarik sekeliling kota. Teruskan membaca.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 9:05AM

Gambar: Dome Cafe dan Serai Group

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain berbuka puasa secara bufet, ramai juga di antara kita yang gemar berbuka puasa secara sederhana dalam suasana tenang. 

Maklumlah bukan semua mampu menikmati pelbagai hidangan dalam satu masa, walaupun tempoh menjamu selera untuk bufet agak panjang. 

Malah, ramai juga yang tidak sanggup berbelanja ratusan ringgit hanya untuk menjamu selera di hotel. 

Hakikatnya masih banyak lagi lokasi selera yang boleh anda jadikan pilihan untuk berbuka puasa. Tepuk dada, tanya selera.

Apa menu yang menjadi idaman? Masakan kampung, Barat, Jepun, atau tidak kisah asalkan rasanya lazat? Berikut adalah senarai lokasi selera, selain hotel yang boleh anda jadikan pilihan. 

 

1) Dome Café

Gambar : Dome Cafe
Gambar : Dome Cafe

Nikmati pelbagai hidangan lazat yang tersedia di semua cawangan Dome Café. Kafe yang sudah hampir 30 tahun bertapak di Malaysia ini menawarkan hidangan yang sesuai untuk semua. 

Jika melihat pada kad menu, pasti rambang mata dibuatnya. Bagi yang sering berkunjung ke sini, pasti anda cukup maklum dengan hidangan nasi lemak, pai ayam istimewa dan juga sup cendawan liarnya yang memikat selera.

Sepanjang Ramadan ini, Dome Café tidak mahu ketinggalan meraikan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. 

Gambar : Dome Cafe
Gambar : Dome Cafe

Bermula dari 6 April hingga 2 Mei hadapan, kafe ini mempersembahkan promosi hidangan nasi Asia dan Barat. 

Ada nasi lemak rendang ayam atau rendang daging, ayam goreng rangup berempah, salmon steak, ayam panggang berjus dan juga ‘Catch Of The Day.’ 

Semua hidangan nasi akan dihidangkan bersama kurma dan teh lemon ais yang cukup menyegarkan (percuma). 

Sempurnakan sesi berbuka puasa atau makan malam anda dengan hidangan pencuci mulut. Ada kek lobak merah, kek coklat pisang, burnt cheesecake, kek tiramisu dan banyak lagi. 

Untuk melihat lebih banyak pilihan menu, anda boleh lihat di sini.

 

2) MyLaksa

Gambar : MyLaksa
Gambar : MyLaksa

Semangkuk Asam Laksa Penang memang boleh membuatkan ramai yang kecur liur. Aroma kuahnya yang harum membuatkan ramai yang terpesona dan rasa tidak sabar untuk menyuapkannya ke dalam mulut. 

Namun, kalau berpuasa, haruslah bersabar. Jika anda seorang penggemar Asam Laksa Penang dan lebih senang berbuka dengan hidangan yang ringkas tetapi mengenyangkan, asam laksa dari MyLaksa ini adalah jawapannya. 

Jenama ini membawa ‘rasa perpaduan’, lambang kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia. Jika anda mengidamkan rasa pedas, masam dan kuah yang kaya dengan isi ikan untuk berbuka puasa, MyLaksa mempunyai apa yang anda perlukan.

Gambar : MyLaksa
Gambar : MyLaksa

Bercakap mengenai tumpuan mereka terhadap Asam Laksa Penang, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan di MyLaksa, Daniel Ong, berkata, “MyLaksa dibina di atas asas perpaduan dan kerana rakan-rakan yang suka berkumpul untuk menikmati semangkuk mi asam laksa yang pedas dan enak. 

"Rakan baik dan juga rakan niaga saya, Hee mendapati diri kami sering mengidamkan semangkuk asam laksa walau di mana pun kami berada. Jadi, kami berbesar hati membawakan hidangan ini untuk dinikmati oleh semua pada bila-bila masa.”

Terdapat beberapa variasi yang boleh anda pilih, iaitu Asam Laksa Kaw-Kaw, Asam Laksa Special yang mempunyai hirisan telur rebus dan bebola ikan dan Asam Laksa Royal yang mempunyai lebih banyak lagi protein tambahan. 

Tentang rasa, anda tidak perlu bimbang. Semangkuk asam laksa di sini boleh membuatkan anda tersenyum puas. 

Lengkapkan buka puasa anda dengan menikmati hidangan pemanis mulut yang menyegarkan iaitu Choco Berry Frostee. 

Gambar : MyLaksa
Gambar : MyLaksa

Pemanis mulut ini memberikan kontras terbaik kepada hidangan istimewa MyLaksa. 

Sejak mula dibuka pada 2019, MyLaksa kini mempunyai 16 buah cawangan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang mereka.

 

3) Restoran Serai Thai

Gambar : Serai Group
Gambar : Serai Group

Restoran yang satu ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada warga Shah Alam. Restoran yang ‘bersaudara’ dengan Jibby & Co, Jibby By The Park, Blonde dan Jibby East ini menyediakan masakan asli Thailand yang menyelerakan. 

Di sinilah tempatnya untuk anda berbuka puasa dengan tenang dan selesa seisi keluarga mahupun bersama teman-teman. 

Namun, perlu diingatkan supaya anda buat tempahan awal kerana selalunya ia akan penuh terutamanya pada hujung minggu. 

Antara menu yang mesti anda cuba ialah siakap stim limau, Siakap Goreng Chiangmai, ayam mangga pedas, ayam kari hijau, daging masak hitam, kangkung belacan, tom yam makanan laut, Udang Serai Special dan tidak ketinggalan, pemanis mulut istimewa Thab Tim Grab.

Gambar : Serai Group
Gambar : Serai Group

Setiap hidangan tersedia dalam saiz kecil dan besar. Jika makan berdua, ada kemungkinan makanan yang terhidang tidak mampu dihabiskan. Sebabnya, hidangan bersaiz kecilnya masih banyak. Boleh dimakan untuk tiga hingga empat orang. Sebab itu, dinasihatkan supaya anda datang secara berkumpulan.

Sepanjang Ramadan ini, restoran yang beralamat di Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor, ini dibuka pada setiap hari sehingga jam 10 malam. 

Untuk menu penuh, lihat sini. Kemudian boleh buat tempahan awal dan anda boleh ke restoran pada tarikh dan waktu yang sesuai sebelum berbuka puasa. Tidak perlu datang terlalu awal. - Getaran, 9 April 2022

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled