Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Transisi Tiz Zaqyah

Dari 'Nur Kasih' ke 'Diva Popular', siapakah Tiz Zaqyah hari ini? TARA minggu ini menyelami transisi Tiz Zaqyah selepas lebih sedekad bergelar anak seni.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 9:02AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Mengapa Tiz Zaqyah?” 

“Mengapa tidak?” jawab saya. 

Ada yang bertanya kenapa daripada ratusan selebriti wanita Malaysia, saya memilih Tiz untuk menghiasi sampul digital Tara terbaru kami.

Namun saya punya alasan tersendiri. Selain kini sibuk menghiasi layar TV lewat drama bersiri ‘Diva Popular’ bergandingan bersama nama-nama besar seperti Ogy Ahmad Daud dan Erma Fatima di saluran Awesome TV, Tiz juga sebenarnya seorang pelakon yang masih relevan dan gigih bekerja.

Di sebalik 2.2 juta pengikutnya di laman Instagram, she really is a working actress dan dia tidak perlu membuktikannya. Mungkin ramai yang tidak sedar atau perasan, namun acap kali saya menukar saluran TV, masih ada wajahnya di siri drama yang berlainan. 

Ya, wanita jelita yang dilahirkan dengan nama Siti Zaqyah binti Abdul Razak ini nampaknya tidak mengenal erti penat dan masih terus mencari rezeki melalui seni yang paling dia cintai, yakni lakonan.

Tanpa disedari sudah lebih sedekad Tiz mewarnai dunia seni hiburan tempatan sejak pertama kali muncul dahulu.

Biarpun namanya menjadi sebutan Malaysia selepas memegang watak utama sebagai Nur Amina dalam drama bersiri 'Nur Kasih' pada tahun 2009 dahulu, Tiz sebenarnya mula menapakkan kaki di bidang seni selepas menghadiri uji bakat untuk siri pendek terbitan Redcomm Films berjudul ‘Impian Illyana’ selepas menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Tiz pernah menjadi pelakon tambahan dalam drama bersiri ‘Gol dan Gincu’ juga semasa mula bertatih dalam bidang ini.

"Saya sebenarnya saja mencuba-cuba menghadiri uji bakat selepas tamat PLKN dulu."

"Saya sama sekali tiada niat hendak menjadikan lakonan sebagai kerjaya."

"Rancangan asal nak masuk kolej dan sambung belajar."

"Tapi lepas diterima masuk untuk menjayakan siri drama ‘Impian Illyana’, saya beritahu ibu bapa saya yang saya ingin cuba mengumpul wang sendiri dahulu dan kemudian barulah saya akan lanjutkan pengajian."

"Namun takdir Tuhan tidak seperti yang saya rencanakan. Ternyata rezeki saya di sini dan sejak itu saya tidak menoleh ke belakang dan terus mengabdikan diri pada bidang lakonan secara serius," jelas Tiz saat mukadimah wawancara dibuka.

Pertemuan kami pada hari temu bual ini dijalankan berjalan lancar tanpa halangan. Alhamdulillah. Tiz menerima lamaran kami selepas saya menghubunginya secara langsung di media sosial dan kemudian disempurnakan dengan bantuan pengurusnya, Niesa. (Thanks Niesa!)

Selesai dirias cantik oleh jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa dan didandan mahkotanya oleh Hamidi Jamili di pejabat kami di Bangsar, kami kemudian bergegas ke Suma Orientalis, sebuah galeri seni merangkap ‘studio penggambaran’ untuk hari tersebut.

Sebaik sahaja menukar persalinan yang disediakan oleh penata gaya terkenal, Vee Mukhtaram, Tiz terus menjiwai watak yang lahir dari tema pakaiannya pada hari itu.

Sesuai dengan jiwa Tiz, seorang seniman berbakat yang juga menyukai seni halus dan lukisan, Tiz kami biarkan ‘beraksi’ di depan lensa jurukamera sambil berlatarbelakangkan karya seni hebat nukilan Louise Low yang dipaparkan di galeri tersebut.

Tiada yang kekok sama sekali. Jelas ketara Tiz sudah melakukan ratusan sesi fotografi saat kami melihat dia memberikan puluhan gaya istimewa untuk diabadikan dalam wawancara ini.

Sungguhpun wajahnya masih memeriahkan beberapa siri drama di TV, liputan media perihal dirinya tidaklah sebanyak dahulu.

“Saya tidak sukakan perhatian jika tidak diperlukan. Kalau saya tidak ke udara, saya tak perlukan sebarang hype. Itulah diri saya yang sebenar. Saya sudah bersyukur dengan publicity yang sedia ada. Lagipun sekarang ada media sosial, jadi setiap aktiviti saya sentiasa diikuti,” jelasnya lagi.

Bila ditanya adakah dia khuatir akan jumlah pengikut media sosialnya yang mungkin tidak jauh beza dengan beberapa nama baharu, Tiz menyatakan yang dia tidak risau sama sekali dan tidak terlalu peduli.

"Kami dah berlakon lama sebelum wujudnya konsep pengikut media sosial. Dulu semasa mula berlakon tidak ada semua ini. Dan kami tiada masalah. Semuanya baik-baik belaka."

"Lagipun apa gunanya jika anda mempunyai pengikut yang ramai tapi tiada produk untuk diketengahkan?

"Anda mungkin dapat menjayakan kempen iklan, menjadi duta barangan, namun tiada produk seni sama sekali. Apa gunanya?

"Apa yang ingin anda tunjukkan kepada dunia luar sebagai bukti dan nilai kepada wajah serta bakat anda?"

"Pada saya semua itu sangat penting. Saya mahu orang kenal saya kerana kerja saya," tegasnya lagi.

Selain sudah pernah membawa pulang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian di awal kemunculannya, Tiz juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin pada tahun 2016.

Sungguhpun begitu kehadirannya di layar perak tidak semegah kemunculannya di televisyen.

"Bukan saya tak mahu terima tawaran filem, tapi tawaran filem sering masuk semasa saya sudah menandatangani projek-projek drama TV. Dan drama TV biasanya memakan waktu yang panjang dan pelakon seperti saya tak mungkin dapat meninggalkan set penggambaran drama untuk mengambil tawaran berlakon filem pada waktu yang sama. Oleh kerana itulah saya sudah lama tidak muncul di layar pawagam."

Tapi bakal ada penggambaran filem yang akan saya lakukan selain beberapa projek baru di platform lain. Yang pasti, sekarang saya cuba elak daripada terlalu terikat dengan projek yang memakan masa yang lama,” katanya.

Selain meneruskan cita-citanya sebagai seorang pelakon, Tiz juga menyerlah di satu lagi bidang seni yang dia cintai, iaitu seni halus. 

"Saya memang suka melukis dan menghasilkan lukisan menggunakan warna air sejak kecil."

"Waktu kecil saya berkarya di dinding (sambil ketawa), kemudian meningkat dewasa saya teruskan melukis hinggalah ke set 'Nur Kasih'."

"Sejak itu saya sudah lama tidak melukis sehingga mengalami art block. Ia seperti writers’ block tapi buat pelukis, di mana idea tidak muncul sama sekali."

"Namun semasa Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan tahun lalu, saya cuba melukis dan mewarna semula. Dan kini kembali aktif.  Ia satu anugerah yang saya syukuri dan tiap kali melukis dan mewarna, saya rasa tenang."

"Mana tahu satu hari nanti saya berpeluang membuat pameran seni sendiri. Lagipun saya memang menyimpan impian tersebut. Mungkin boleh dijadikan sejenis perniagaan juga."  

"Sebagai langkah permulaan, saya telah dipilih untuk menyertai sebuah komuniti seni lukis antarabangsa lewat media sosial yang bernama IBEX Art Insiders."

"Di bawah payung IBEX Collection yang terdiri di antara himpunan karya seni figuratif ultra-kontemporari serta adirealistik terbaik dunia, kami berkongsi pendapat dan ilmu mengenai hasil kerja kami bersama. Ia sesuatu yang kecil sahaja tapi permulaan yang besar buat saya."

Terdapat ramai seniman dari seantero dunia yang terlibat dalam kumpulan ini. Saya akan umumkan dengan lebih lanjut di laman media sosial,” tambah Tiz lagi tentang aktiviti seni lukisnya.

Selain melukis Tiz juga sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan produk kecantikan.

"Saya ni bukanlah jenis yang mudah percaya dengan orang dan tawaran perniagaan. Namun pihak Aura Kasih menghubungi saya dan dari pertemuan pertama lagi saya seperti dapat rasakan ada sesuatu yang ‘besar’ di perjumpaan tersebut."

"Sejak itu, saya mula aktif dan mempunyai ramai stokis sehingga ke Singapura. Kami saling memotivasi dan membantu untuk mengembangkan perniagaan ini bersama. Saya turut mempelajari tentang selok-belok perniagaan."

"Saya sukakannya kerana ia tidak mengganggu jadual kerja saya dan saya selesa menjadi sebahagian daripada pasukan ini," ujarnya lagi.

Berlakon, melukis dan berniaga, hampir semua bidang gadis berusia 33 tahun ini mencuba, sesuai dengan kematangan usianya sekarang. Dan nampaknya dia bijak mengatur langkah dalam menjalani transisi kehidupan di dekad yang baru ini.

Namun, semua orang pasti ada sesuatu yang masih ingin mereka kecapi. Setelah lebih 10 tahun mencipta nama, barangkali masih ada perkara lain yang Tiz idamkan.

“Impian memang banyak tapi saya lebih suka menyimpan impian tersebut untuk pengetahuan sendiri, kerana akhirnya semua yang kita rancang hanya Tuhan yang akan tentukan. Jadi biarlah Dia yang menetapkan,” jawabnya sewaktu diajukan soalan.

Kala diusik dengan soalan cinta dan kekasih hati, Tiz memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan komen sambil ketawa.

Pengurusnya Niesa pula berjenaka sambil berseloroh mengatakan mungkin impian Tiz hendak bersuami.

“Bohonglah jika saya katakan saya tidak mahu sampai ke tahap itu. Saya pun ada angan-angan untuk mempunyai keluarga, tapi buat masa sekarang saya belum mahu memberikan sebarang komen,” jawabnya dengan senyuman nakal.

Saya membiarkan perbualan kami berakhir di situ namun kami semua yang berada di dalam ruang tamu galeri Suma Orientalis tidak dapat menahan gelak saat berbicara tentang suami dan jodoh.

Yang pasti, Tiz Zaqyah ingin diingati kerana bakat dan sumbangannya kepada manusia sejagat dan kami mendoakan semoga Tiz menemui kejayaan serta kebahagiaan yang diidam-idamkan – Getaran, 20 Mac 2021

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Tiz Zaqyah

Editor GETARAN.MY : M.Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Shah Shamshiri

Penyunting : Ili Farhana

Penata Gaya : Vee Mukhtaram

Busana : Pretty Little Thing

Solekan: Saidatulnisa Aminuddin

Dandanan: Hamidi Jamili

Jurugambar : Azim Rahman

Suntingan dan Video Belakang Tabir : Nur Muharram 'Bob' Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Arca Seni di Latar belakang, Karya :

Louise Low, It's Either What They Believe in Or What You Believe In, Yet Truth Lies in Neither One, 2020

Louise Low, Somewhere in This World There Are Those Affected by What You Have Done, 2020

Lokasi : Suma Orientalis, Petaling Jaya (Terima Kasih saudari Sophia Sung dan Michele)

Isu Pada

Transisi Tiz Zaqyah

20 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu