Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bermula Sebagai Hobi, Kini Munirah Merupakan Usahawan Pakaian Si Cilik

Minatnya dalam bidang menjahit mendorong bekas pensyarah ini untuk menjadikan hobinya sebagai sumber pendapatan sampingan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 4:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minatnya terhadap seni jahitan mendorong suri rumah, Munirah Abdul Rahman, 33, untuk menjadikan hobinya itu sebagai sumber pendapatan sampingan.

Menurut bekas pensyarah bidang kewartawanan ini, dia menjadikan seni menjahit sebagai hobi sejak kira-kira enam tahun yang lalu. 

“Sebagai seorang yang sukakan kreativiti, menjahit merupakan salah satu cabang seni yang sudah lama ingin saya pelajari. Saya memang sukakan kerja-kerja seni terutamanya hasil buatan tangan. 

“Tambahan pula ibu dan nenek saya juga memang suka jahit pakaian mereka sendiri. Dari situlah datangnya semangat saya untuk belajar menjahit. Bagi saya seni menjahit adalah cara terbaik untuk kita hargai hasil kerja tangan. 

“Nak dijadikan cerita, selepas saya tamat belajar di peringkat Sarjana, saya belum mendapat kerja, jadi saya pergi ke kelas menjahit di Gombak untuk mengisi masa lapang. 

“Di situ mereka ajar cara asas menjahit baju kurung, kebaya, kurung kedah dan sebagainya.

“Sebelum terlibat dengan hobi menjahit, saya terlebih dulu terlibat dengan seni mewarnakan tekstil iaitu ‘tie-dye’. Tak sangka hobi itu kemudiannya beralih menjadi pendapatan sampingan. 

“Sokongan yang saya terima pada waktu itu sangat luar biasa dan ia mendorong saya untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Disebabkan itulah terciptanya jenama Santuun,” cerita Munirah.

Ditanya kenapa dia memilih untuk menghasilkan pakaian kanak-kanak, kata Munirah anak sulungnya iaitu Alya yang kini berusia 4 tahun adalah sumber inspirasinya yang paling besar. 

“Saya belajar menjahit sewaktu Alya masih di dalam kandungan. Jadi benda pertama yang saya jahit adalah baju raya untuk anak saya. Kemudian saya hasilkan ‘bucket hat’ yang merupakan jualan saya yang paling laris dan kini saya turut hasilkan topi biasa iaitu ‘flipper cap’,” katanya yang akan memperkenalkan koleksi untuk orang dewasa tidak lama lagi.

Tambah Munirah lagi, objektif utama jenama Santuun ini diperkenalkan adalah untuk menghasilkan barangan yang mencipta gaya hidup di antara ibu bapa dan anak. 

“Jenama ini mempromosikan produk yang anda boleh pakai ketika melakukan aktiviti outdoor bersama anak-anak anda seperti berjalan di taman atau mengembara. Setiap produk yang dikeluarkan Santuun menggalakkan ibu bapa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak,” kata graduan dari Universiti Institut Teknologi Mara Ini. 

Ditanya apakah cabaran yang harus dilalui untuk meneruskan minat dalam bidang menjahit ini, kata Munirah kebiasaannya yang menjadi kekangan adalah masa dan modal.

“Kadang-kadang mungkin bajet kita tidak mencukupi kerana idea datang mencurah-curah tetapi kita tak boleh nak teruskan kerana kekurangan modal. 

“Untuk menjahit pula perlukan mesin menjahit. Seperti Santuun, kita ada produk yang perlukan teknik sulaman, Jadi perlu ada mesin sulam dan mesin jahit tepi. Juga perlu ada semua kelengkapan menjahit.  

“Jika dikira, memang agak mahal. Tetapi benda-benda ini boleh dibeli sedikit demi sedikit. Dari segi masa pula, macam saya seorang ibu dan suri rumah, saya perlu pastikan anak saya tidur dahulu, baru saya akan mulakan kerja-kerja menjahit,” ujarnya.

Lumrah melakukan kerja tangan, tidak semua hasil seni yang dilakukan akan terus ‘menjadi’. Kata Munirah, seni menjahit juga perlukan masa untuk benar-benar mahir. 

“Contohnya kalau nak jahit blaus, kadang-kadang leher tak jadi, lengan tak jadi ataupun ketat di beberapa bahagian. Semua ini adalah proses pembelajaran. Kalau ada yang tak kena, kena buka boleh video-video di YouTube dan belajar perbaiki kesilapan,” kongsinya.

Munirah mengakui dia sangat bertuah kerana minatnya dalam bidang ini disokong sepenuhnya oleh suami tercinta. 

“Suami dan anak adalah kekuatan saya. Biarpun mereka tidak mengatakannya, tetapi dengan melihat wajah mereka sahaja saya tahu mereka sangat menyokong  apa yang saya lakukan. 

“Sebagai seorang suri rumah, saya perlu buktikan kepada suami saya bahawa saya boleh lakukan sesuatu walaupun duduk di rumah. 

“Saya juga mahu tunjukkan kepada anak saya, biarpun ibunya seorang suri rumah, tetapi saya mampu menjahit dan menjual serta menjadi inspirasi buatnya,” katanya.

Pesanan Munirah buat mereka yang baru berjinak-jinak untuk melibatkan diri dengan hobi menjahit mahupun seni hasil tangan adalah perlu mencari ilmu terlebih dahulu.

“Perkara pertama adalah belajar. Anda perlu tahu teknik dan proses pembuatan. Ia mungkin perlahan, kerana perkara ini mengambil masa beberapa tahun juga untuk mahir. 

“Tetapi percayalah proses pembelajaran itu tidak ternilai. Saya boleh jamin,” katanya menutup bicara - Getaran, 20 Mac 2022

Gambar : Instagram @munirahhh dan @santuun

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Bekas Pensyarah Berputih Mata, Lebih RM1.4 Juta Lesap Ditipu 'Pegawai NSRC'

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ditipu Individu Menyamar Polis, Suri Rumah Rugi Hampir RM1.5 Juta

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam