Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

Istimewa TARA edisi ini, kami tampilkan pencipta kandungan NFT, Ghazi Maslan, untuk mengupas isu-isu kontroversi tentang NFT di Malaysia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 9:08AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orangnya tinggi ragah. Nampak pendiam, Ghazi Maslan (32) ramah dalam berbicara. Dia seorang pengarah, pereka grafik dan pencipta kandungan yang sangat dikenali di arena NFT Malaysia.

“Apa itu sebenarnya NFT?” tanya penulis spontan.

Non-fungible token (NFT) ialah sejenis token utiliti maya. Ia salah satu cara bagi pelukis seni digital memberi dan menjamin hak milik karya mereka secara dalam talian.

‘Ia akan dipaparkan di blockchain iaitu sejenis platform digital yang membolehkan mereka menjual hasil karya kepada pembeli atau pengumpul seni yang berminat,” jelas Ghazi ringkas.

Ghazi Maslan
Ghazi Maslan

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Empunya akaun @linkzsociety ini mengorak langkah dalam bidang NFT secara kebetulan. Dia tidak menyangka karyanya dibeli dengan harga setinggi RM24,000!

“Sebenarnya, saya memulakan Linkz secara kebetulan. Pada awalnya, saya diberikan projek membuat satu watak 3D untuk satu syarikat ini.

“Tidak perlulah saya cakap syarikat apa, atas sebab-sebab tertentu, projek itu dibatalkan. Namun saya sudah mencipta watak ini. Jadi saya terfikir, bagaimana boleh saya boleh manfaatkan watak 3D ini? 

“Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mencuba NFT. Tiada niat serius pun, cuma penat dan membazir masa jika saya tidak menggunakannya, bukan?

“Pada November 2021, saya membuka akaun saya @Linkz di Pentas, satu platform e-dagang NFT yang paling terkenal untuk pasaran komuniti NFT Malaysia,” cerita Ghazi.

Ghazi turut mengakui dia bukanlah pelopor pencipta kandungan di Pentas, tetapi dia mungkin antara penggiat seni digital NFT terawal di negara kita. 

Watak 3D ciptaan Ghazi yang paling mahal terjual berharga RM24,000
Watak 3D ciptaan Ghazi yang paling mahal terjual berharga RM24,000

Kini, Pentas mula dikenali dan dibanjiri oleh ramai pengguna, pembeli dan pengumpul seni dari pelbagai negara seperti Indonesia, Singapura, Jepun, US dan negara-negara Eropah.

Walaupun dia bergelar seorang pengarah, secara peribadinya Ghazi memang meminati animasi 3D. Dia mula menghasilkan animasi 3D sejak 12 tahun lalu.

“Karya saya yang paling bermakna? Tentulah watak 3D yang memulakan segalanya tadi. Saya meletakkan harga yang mahal kerana ia sangat berharga bagi saya.

“Saya tidak menyangka ada juga pengguna Pentas yang membelinya. Apabila karya saya terjual, saya rasa lebih dihargai sebagai seorang penggiat seni digital.

“Semenjak menceburi bidang NFT ini, saya rasa lebih bersemangat apabila hasil karya saya itu dibeli oleh mereka-mereka yang menghargai seni.

“Ia memberi saya motivasi untuk menjadi lebih tekun dalam berkarya dan memperbaiki skil seni digital saya,” ujar bapa kepada empat cahaya mata ini.

 

Seni tradisional vs Seni digital 

Berbicara tentang seni di era serba digital ini, tentulah terdapat kelebihan dan kelemahan di antara seni tradisional dengan seni digital.

Untungnya NFT ini, kedua-duanya mendapat manfaat yang sama.

“Tidak semua pelukis boleh melukis secara digital dan juga tidak semua pelukis digital boleh melukis secara fizikal. Apa yang NFT tawarkan adalah hak milik ke atas karya-karya mereka. 

“Bagi saya, nilai seni itu terletak pada pembeli dan pengumpul seni kerana seni ini sifatnya subjektif. Yang cantik di mata kamu, belum tentu cantik di mata orang lain.

“Jadi saya rasa pembeli dan pengumpul seni itu sendiri yang berhak meletakkan nilai pada sesuatu karya NFT kerana merekalah yang mengeluarkan wang untuk membelinya,” akuinya. 

Pengarah muzik video 'Purnama' nyanyian Naim Daniel ini turut menambah kewujudan NFT tidak pernah sama sekali merosakkan nilai seni, malah ia melindungi komuniti seni itu sendiri. 

“Saya beri contoh, kalau dahulu pelukis yang mahu menjual seni mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan orang ketiga, ejen seni atau pemilik galeri, misalnya.

“Namun, dengan cara NFT ini segala perihal jual beli diuruskan sendiri antara pelukis dengan pembeli. Jadi tiada pihak ketiga yang terlibat. 

“Bagi saya NFT memberikan penghargaan dan keuntungan secara langsung kepada penggiat-penggiat seni digital. The essence of art is the artist itself,” ucap Ghazi tak berhenti kalimah. 

 

NFT: Seni atau ‘Scam’?

Mungkin ramai yang masih belum mengenali platform NFT ini. Sebenarnya, anda sebagai pengunjung Pentas masih boleh melihat karya-karya NFT yang telah dibeli oleh pembeli seni lain.

Paling meragukan, orang ramai juga atau sesiapa sahaja boleh mendapatkan sesuatu karya NFT itu semudah-mudahnya dengan cara tangkapan layar. 

Penulis ingin bertanya tentang ketelusan sistem seni digital baru ini. Jikalau semua pengguna boleh memiliki karya yang sama tanpa perlu membayar barang sesen pun, apakah maksudnya? 

Seraya Ghazi menjawab, “Ingin saya jelaskan disini, jika dia boleh memiliki salinan seni itu secara digital melalui cara tidak sah atau haram seperti tangkapan layar, apakah dia boleh menjualnya?

“Sama seperti seni tradisional yang dipamerkan di galeri, orang ramai masih boleh melihatnya secara percuma. Mereka masih boleh menangkap foto sebebas-bebasnya.

“Namun mereka tetap tidak memiliki lukisan tersebut. Kata kuncinya, ‘pemilikan’. Sama sahaja dengan seni digital NFT. Cuma ia hanyalah platform digital. Itu sahaja perbezaannya,” terangnya.

Ghazi turut menyangkal cakap-cakap liar di luar sana tentang NFT sebagai lubuk pengubahan wang haram dan aktiviti scamming.

“Kalau nak diikutkan, ada banyak lagi cara untuk menipu dan menjalankan aktiviti pengubahan wang secara haram ini. 

“Jika benar ada pihak mahu melakukannya, mereka juga boleh melakukannya melalui pasaran seni tradisional sedia ada.

“Ia hanyalah satu platform. Semuanya terletak di tangan pengguna Pentas, sama ada mahu membuat perkara jahat ataupun sebaliknya,” jawab Ghazi jujur.

 

Babak terakhir: Terkubur atau mekar membunga?

Meski banyak kontroversi yang menyelubungi, nampaknya NFT tidak akan pergi buat masa ini. 

Teknologi itu sentiasa berubah-ubah. Ada yang pergi, ada yang mati. Ada juga yang kekal relevan sampai hari ini. 

“Saya kira NFT ini sudah mula diberikan perhatian oleh rakyat Malaysia, terutamanya komuniti seni. Cuma, perkara-perkara baru ini pasti akan ada sahaja pihak yang menentangnya.

“Kita ambil contoh, jaringan lebar internet. Dahulu semasa internet mula-mula diperkenalkan di Malaysia, ramai yang masih tidak boleh menerima, tetapi lihatlah sekarang,” ujarnya.

Antara watak 3D yang paling digemari, Ghazi turut cuba mengetengahkan konsep tradisional di NFT
Antara watak 3D yang paling digemari, Ghazi turut cuba mengetengahkan konsep tradisional di NFT

Tambahnya, “Saya yakin NFT ini akan diterima secara meluas pada masa hadapan. Mungkin cara menggunakannya tidak akan sama lagi seperti sekarang. 

“Dan saya boleh katakan NFT membuka banyak pintu rezeki. Bukan hanya kepada penggiat seni, malah kepada semua pengguna Pentas tanpa mengira latar belakang seni. 

“Misalnya, jurubina yang menjual kertas reka bentuk bangunan mereka ataupun penulis yang menjual catatan harian mereka. Semua orang boleh menyertai NFT.

“Sekarang, jenama-jenama gergasi pun telah mula berjinak-jinak dengan NFT. Ia bukan hanya trend, saya jangka NFT akan berkekalan,” ujar Ghazi menutup bicara. - Getaran, 12 Mac 2022

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Avatar NFT Ghazi Maslan

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Shah Shamshiri

Teks, Penyelaras & Arahan Seni : Zaidi Che

Suntingan Teks: Ili Farhana

Solekan & Dandanan : Elmanda Zuhairy

Jurugambar : Sairien Nafis

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : GHZMSN Studio 


 

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

2

TARA 10 bulan yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 10 bulan yang lalu

NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu