Berita Terkini

55 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kenapa Harga Lesen 'Busking' Berbeza-Beza?

Dari zaman sebelum pandemik sehinggalah hari ini, para penghibur jalanan masih lagi bergelut dengan kemelut harga lesen untuk persembahan yang berbeza mengikut negeri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 5:30PM

Gambar: Facebook MY Busker Club

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak pasti apa yang payah dan renyah sehingga membuatkan isu lesen dan permit kebenaran membuat persembahan jalanan bagi komuniti busker (pemuzik atau penghibur jalanan) belum juga mampu diselesaikan biarpun sudah memakan masa selama bertahun-tahun. 

Dari zaman sebelum pandemik sehinggalah hari ini, para penghibur jalanan masih lagi bergelut dengan kemelut harga lesen yang berbeza mengikut negeri juga cara mendapatkan lesen yang dianggap kurang efisien.

Hal ini kerana lesen untuk aktiviti busking mestilah dimohon mengikut dewan bandaraya atau majlis perbandaran setiap tempat. 

Bukan itu sahaja, harga lesen setiap tempat juga berbeza. Mereka yang sudah mendapatkan permit untuk tempat tertentu perlu lagi memohon permit yang baru sekiranya ingin melakukan aktiviti busking di tempat atau negeri yang berlainan.

“Antara isu yang kami bincangkan semasa mesyuarat tahunan ialah berkenaan dengan permit dan lesen untuk kebenaran mengadakan persembahan. 

“Kalau dilihat, sistem pengagihan permit ini tidak selaras. Masing-masing berebut nak jaga permit. Ada yang guna persatuan dan juga pihak ketiga untuk dapatkan permit. 

“Jadi, kita perlukan satu gerak kerja yang khusus untuk menjaga sistem ini supaya tidak ada mana-mana persatuan atau gerakan yang mempunyai kuasa penuh,” kata Aizad Azman, presiden Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Aizad yang juga dikenali sebagai Bob Sentuhan juga berkata, cas munasabah yang dikenakan kepada pemegang permit juga perlu diselaraskan bagi mengekang sebarang penyalahgunaan kuasa.

“Saya membayar RM30 untuk memohon lesen dan itu adalah cas yang munasabah. Namun ada juga yang membayar harga lain yang jauh lebih mahal. Saya kira, cas ini perlu diseragamkan. 

“Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan juga kami wujudkan supaya kebajikan penghibur jalanan akan terjaga. Kita boleh suarakan isu sebegini juga hal-hal berkaitan busking memandangkan sebelum ini terdapat beberapa kes seperti dana yang diberikan kepada buskers tidak sampai kepada kami,” dedahnya lagi.

Aizad Azman (Bob Sentuhan), presiden Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia. Gambar: Facebook Bob Sentuhan
Aizad Azman (Bob Sentuhan), presiden Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia. Gambar: Facebook Bob Sentuhan

Oleh sebab itu, seorang penghibur jalanan yang hanya dikenali sebagai Kamila lebih memilih berurusan dengan penganjur majlis serta mendapatkan kebenaran premis untuk mengadakan sesi busking kerana prosesnya jauh lebih mudah.

“Sebagai penghibur jalanan memang kena mohon permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau kebenaran dari tempat mahupun bangunan yang terlibat. Tapi saya secara peribadi tidak memohon permit sebaliknya memohon kebenaran daripada penganjur acara atau pemilik tempat.

“Ada juga organisasi yang membantu dan menjadi orang tengah untuk dapatkan lesen. Buskers cuma perlu mohon dengan mereka. Ada yang ambil yuran dan ada yang tidak,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Susulan daripada itu, pihak Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia telah melakukan pertemuan dengan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin awal bulan ini bagi mencari jalan keluar dari kemelut yang melanda komuniti penghibur jalanan.

Menurut Bob, kementerian akan meneliti apakah cara dan langkah terbaik untuk menangangi isu ini. 

Namun pihaknya masih menantikan perubahan yang dijanjikan pihak kementerian. - Getaran, 27 Februari 2022

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

KKD Teliti Keperluan Melesen Platform TikTok, Meta, Google - Fahmi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok