Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Di Sebalik Kepetahan Haziq

Istimewa TARA kali ini, kami meredah perjalanan 301 kilometer untuk bertemu wartawan cilik viral Bukit Selambau, Haziq Asyraf. Ikuti temu bual eksklusif Haziq ‘Amat-amat Dahsyat’ bersama pasukan editorial Getaran.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 9:09AM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika video seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Haziq melaporkan kejadian ular sawa di sebuah pasar pagi menjadi tular, kami sebenarnya menonton video itu beramai-ramai di bilik berita sambil bertepuk tangan. Dia benar-benar lucu, petah dan berbakat.

“Rasanya kita kena jumpa Haziq ini,” kata penulis bersahaja. 

Kerana kata-kata boleh menjadi sebuah doa, selang tiga hari selepas itu penulis ditemani Sadiq Asyraf (jurugambar), Sara Mack Lubis (jurusolek) dan Zaym Zarif (penata gaya) memandu sejauh 301 kilometer ke Bukit Selambau, Kedah demi menjejaki kanak-kanak cilik berbakat bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf ini.

 

Sungai dan Hening Bukit Selambau

Kedatangan kami disambut hangat oleh bapanya, Mohd Asyraf Ahmad yang lebih senang disapa sebagai Abang Atan di muka pintu.

“Masuklah,” pelawanya. Waktu itu Abang Atan baru sahaja selesai gunting rambut di pekan Bukit Selambau. Isterinya, Puan Shakilla Zainol muncul dari dapur sementara Haziq malu-malu mengintai kami dari dinding rumah. 

Kami memaklumkan hajat untuk membuat liputan dan membidik beberapa keping gambar Haziq untuk TARA edisi kali ini. 

Abang Atan, Puan Shakilla dan Haziq cepat mengangguk bersetuju. Memandangkan  hari itu hujan agak lebat, kami memutuskan untuk datang hari berikutnya. 

Maka bermulalah penggambaran TARA kami bersama wartawan cilik Bukit Selambau bernama Haziq.

Kami biarkan anak sulung daripada dua beradik itu membawa kami ronda-ronda di desa kelahirannya ditemani Abang Atan. Sedikit demi sedikit keramahannya mula terserlah. 

Di dalam kereta, dia tiba-tiba membuka cermin tingkap dan menegur sesiapa saja yang dijumpainya di tepi jalan. Mungkin penduduk di kampung ini tidak ramai, jadi mereka sangat ramah dan saling mengenali. 

Kami melewati kandang lembu dan kambing sebelum murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau itu membawa kami ke kawasan kesukaannya di desa itu iaitu sebuah sungai tempat dia dan keluarga berkelah setiap minggu.

Dia juga membawa kami mengintai lokasi memancing bersama-sama kawannya.  

“Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami akan datang sini naik motor dengan abah. Kami berkelah dan mandi sungai. Kadang-kadang mancing ikan dengan kawan-kawan,” cerita Haziq ketika kami berdiri memandang sungai. Ada burung bangau menumpang minum di sana.

“Kak, boleh tak kita mandi sungai sekarang?” tanya Haziq tiba-tiba. 

“Kita ambil gambar sekejap, lepas itu mandi sungai, boleh?” penulis meyakinkannya. Dia menganguk laju. Cabaran memotret kanak-kanak ialah kelancaran proses penggambaran bergantung kepada mood mereka. 

Jika mereka tidak mahu lakukan sesuatu, kami tidak mahu memaksa. Sadiq membidik gambar selaju mungkin memandangkan matahari sudah semakin meninggi. 

Haziq tidak boleh berpanas kerana menghidapi penyakit Talasemia. Dia cepat penat namun mahu kekal aktif dan ceria.

 

Tak Sangka Viral

Haziq laju turun dan mencebur ke sungai meninggalkan penulis di belakang selepas sesi fotografi selesai. Penulis mencangkung di tebing. Sesi temu ramah dilakukan penulis sambil menemani Haziq bermandi-manda dan berjalan sepanjang tebing sungai.

“Saya suka tengok abang Bomba dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Kalau tak jadi cef, saya ingat nak jadi macam mereka. Dulu saya dengan abah pernah pergi beli kain untuk buat baju macam mereka (APM).

“Sebab itu bila ada ular dekat pasar hari itu, saya semangat buat siaran langsung. Mula-mula saya cakap dekat abah ada ular dalam longkang. Abah ingat ular kecil. Tak sangka rupanya ular itu memang besar. 

“Saya banyak kali nak telefon bomba atau APM tapi tak ada tujuan. Bila nampak ular, saya akhirnya boleh telefon mereka. Mak Long ada teman sekali, takut mereka (APM dan Bomba) tak percaya (kerana Haziq muda),” cerita Haziq yang meminati pelajaran matematik di sekolah.

Tidak menyangka video tersebut menjadi tular, Haziq mengakui kehidupannya berubah serba merta.

“Ramai nak tangkap gambar. Ada orang pernah bagi saya RM20, RM10 kadang RM5. Mereka jerit, ‘Eh adik viral! Meh sini ambil gambar’. Kalau tak percaya tanya abah,” katanya lagi. Abahnya tersenyum di sebelah.

Menurut abang Atan, sejak Haziq menjadi tular, mereka sekeluarga juga semakin sibuk. Setiap hari ada sahaja program untuk Haziq.

Baru-baru ini Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah juga turut berkenan menghadiahkan Haziq telefon bimbit dan tablet.

“Alhamdulillah rezeki anak. Tapi kalau apa-apa jemputan atau tawaran, saya akan tanya Haziq dulu sama ada dia nak buat atau tak. Kalau dia tak mahu, kami tak buat. Tapi setakat ini dia okey sahaja,” abang Atan mencelah. 

Setakat ini, Haziq telah menerima jemputan daripada pelbagai pihak sama ada media, badan kerajaan mahupun agensi swasta.

Bukan itu sahaja, menurut ibunya, Haziq sudah menerima tawaran menjadi pelakon dan juga membintangi sebuah program masakan di sebuah rancangan stesen televisyen tempatan.

Namun memikirkan faktor jarak dan jadual persekolahan Haziq, tawaran tersebut terpaksa ditolak.

 

Jual donat, wafel

“Esok kami nak pergi beli mixer baru. Saya nak berniaga donat dengan wafel semula. Balik nanti saya buatkan wafel ya.”

Haziq bingkas bangun dari sungai dan jalan berjengket ke tebing. Dia sudah puas berenang. 

Sampai sahaja di rumah, dia terus meluru masuk ke dapur dan menyusun bahan masakan untuk mengadun wafel. 

“Dulu saya selalu tengok pengasuh uli tepung buat karipap. Sejak hari itu saya minat semua benda yang ada tepung. Saya kadang-kadang buat donat, wafel, karipap, dan kuih jual dekat orang kampung.

“Saya bubuh dalam raga dan ronda naik basikal. Kadang sampai ke sekolah sana,” ceritanya berseloroh sambil tangannya ligat mencampur tepung penaik dalam acuan. 

“Betul ke kak?” penulis meminta kepastian ibunya.

“Betul. Kadang lepas habis sekolah dia akan mula buat wafel. Macam-macam perisa ada. Ada kiwi, strawberi, beri biru, manga, coklat dan Nutella. Kalau dia larat dia buatlah donat. Haziq jual RM2 untuk 5 biji donat. RM3 pula untuk satu wafel. 

“Kadang akak sibuk berniaga, tengah hari nanti dia yang masak. Pendek kata, setiap hari memang Haziq akan masak dekat rumah ini. Kalau tak masak lauk, kami buat kuih,” panjang lebar ibunya bercerita.

Shakilla tidak pernah menyekat bakat dan kemahuan anak-anaknya. Melihat pada minat Haziq yang mendalam terhadap masakan, dia berusaha semampunya untuk menyediakan perkakas dan bahan masakan di rumah seperti breadmaker, oven, mesin wafel, mixer dan lain-lain.

Kedengaran mesin wafel berbunyi menandakan ia sudah masak. Haziq menyapu coklat dan menghidangkan wafel kepada kami sebelum kami berangkat pulang. 

Jika difikir kembali apakah yang menyebabkan seorang kanak-kanak nun di pedalaman Kedah boleh jadi sangat yakin, petah dan tahu apa yang ingin dilakukan dalam usia yang begitu muda?

Jawapannya ada di Bukit Selambau. Ia memaksa Haziq lekas mendewasa, bangun awal membantu ibu di Pasar Pagi.

Dalam keramaian dia belajar berbual, bersembang dan cermat meneliti suasana. Haziq bertuah dibesarkan dengan kasih sayang dan mendapat ibu bapa yang tidak pernah menentang cita-citanya.

Mereka mendengar, memahami, menyokong segala yang terdaya untuk Haziq membesarkan mimpi-mimpinya. Semoga Haziq tumbuh menjadi lelaki sesuai dengan tagline yang selalu disebutnya iaitu ‘amat-amat dahsyat’ walau dewasa mengalih usianya.

Semoga berjaya Haziq!

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Haziq Asyraf

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Arahan Seni : Wafa Awla

Suntingan Teks : Ili Farhana

Solekan : Sara Mack Lubis

Penata Gaya : Zaym Zarif

Jurugambar & Video : Sadiq Asyraf

Pembantu Penggambaran : Sara Mack Lubis

Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : Bukit Selambau, Kedah

(Sekalung penghargaan buat seluruh keluarga Haziq Asyraf, khasnya Puan Qiela Zainol atas segala bantuan) 

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 46 - Resipi Wafel Ringkas Haziq Asyraf

2

TARA 2 tahun yang lalu

Perdana Menteri Tunai Impian 'Wartawan Cilik'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Bersama Haziq Asyraf

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi