Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elizabeth Tan Menghitung Hari

Setelah melalui perjalanan hidup penuh warna-warni, kini Elizabeth Tan mendambakan zuriat sebelum mencecah usia 30 tahun.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 9:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang Tahun Baru 2022, ada antara kita yang sudah mempunyai azam baharu. Ada juga yang masih mencari-cari apa yang harus dicapai atau ingin dilakukan.

Bila dengar nama Elizabeth Tan, penulis teringat dengan video nyanyian semula lagu ‘Havoc’ (nyanyian asal Joe Flizzow) yang dimuat naiknya di YouTube beberapa tahun lalu.

Ketika itu, dirinya bukanlah sesiapa namun di situlah titik permulaan kerjayanya sebagai seorang artis.

Siapa sangka satu video boleh mengubah nasib seseorang. Betul kata orang, bakat, nasib dan ‘the right timing’ boleh membawa kita menggapai impian.

Video nyanyian semula lagu ‘Havoc’ itu membawa tuah kepada penyanyi ini sehingga diberi peluang disunting sebagai penyanyi rakaman.  

Meskipun Elizabeth Tan yang lebih mesra dikenali dengan nama manjanya, Lizzy, sudah menempa nama dalam industri hiburan, namun sikapnya yang masih bersahaja mengagumkan penulis. Malah, temu ramah yang sempoi dan singkat ini membuat penulis berasa akrab. 

Bersama-sama TARA kali ini, kami berbual tentang bidang perfileman dan fasa baharu yang cukup membahagiakan buat Lizzy.

 

Dunia Lakonan

Ketika berumur 15 tahun, siapa sangka Lizzy pernah mempunyai gerak hati atau firasat, bahawa dia akan menjadi terkenal satu hari nanti. Dia pernah memberitahu ibunya.

“Saya selalu fikir saya akan menjadi hos TV atau ada kaitan dengan bidang penyiaran. Pilihan pertama selepas menamatkan persekolahan adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pementasan teater tapi cita-cita itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh ibu saya. 

“Saya faham kerana industri ini mempunyai persaingan yang sengit dan tiada jaminan yang kita boleh pergi jauh. Syukur pintu rezeki dibuka melalui muzik dan tahun ini adalah tahun ke-8 saya dalam industri hiburan. Sehingga kini, saya tidak percaya saya masih berdiri di sini.

“Pada mulanya, ibu bapa saya memberitahu untuk menyelami bidang muzik selama setahun dan lihat apa yang akan berlaku. Jika semuanya gagal, saya perlu kembali kepada pekerjaan biasa, ‘9 to 5 job’.

“Syukur kepada Tuhan, dalam masa setahun saya mendapat lebih banyak peluang untuk membina nama saya. 

“Saya sangat gembira kerana lakonan adalah minat utama saya dan lebih mencintainya daripada menyanyi. Bagi saya, mempunyai minat terhadap sesuatu adalah sangat penting, lebih-lebih lagi jika kita ingin berjaya dalam sebuah bidang. 

“Jika kita tidak percaya dengan apa yang kita lakukan, kita tak akan menjadi yang terbaik,” katanya.

Tidak  pernah menyangka akan dapat berlakon dan berkongsi skrin dengan barisan pelakon veteran, Lizzy menyifatkan pengalaman itu sangat bermakna dan proses pembelajaran menambah baik mutu lakonannya. 

“Jika saya menonton sebarang filem atau drama, saya suka mengulangi skripnya agar dapat menghayati pelbagai watak.

“Setiap kali saya mendapat skrip baharu saya akan bertanya kepada pengarah apa rujukan wataknya agar saya dapat gambaran yang jelas dan dapat menyelami watak itu dengan sepenuhnya. Kalau tidak ada apa-apa rujukan, saya perlu cipta satu latar belakang untuknya. 

“Bagi saya, watak yang paling susah untuk dilakonkan adalah watak yang suka menangis sebab saya seorang yang susah untuk bersedih.

“Kalau saya mempunyai banyak babak menangis hari itu, saya perlu ada dalam mood yang sedih selepas menjejak kaki keluar rumah. Saya perlu fikir tentang kematian untuk membuatkan saya lebih sedih.

“Menangis bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya kerana ketika membesar, saya selalu memberitahu diri sendiri bahawa ‘menangis itu adalah satu bentuk kelemahan’. Lantas, itu telah menciptakan satu tembok sekeliling saya. 

“Sekarang saya membiarkan diri saya mendalami dan merasakan emosi untuk mengizinkan diri saya menangis,” jelasnya.

 

Kecaman Netizen

Apa sahaja yang dimuat naik di media sosial, selalu menjadi perhatian warganet. Oleh itu Lizzy akan pastikan kandungan laman sosial dipantau oleh ibu dan pengurusnya.

“Jika mereka tidak approve, saya tidak akan memuat naik. Jadi kalau orang ramai tidak suka pada hantaran media sosial saya, itu hal mereka. 

“Saya tahu ‘boundaries’ atau had saya sebagai seorang figura awam dan saya tidak akan melampaui batas atau ‘overstep’, tak kiralah dari segi pakaian atau perlakuan. 

“Walaupun saya berbangsa Cina, saya tetap menghormati masyarakat Melayu Islam.

“Jika terdapat begitu ramai orang yang tergila-gilakan artis K-pop, kenapa mereka tidak bercakap tentang pakaian mereka? 

“Adakah mereka tidak ambil kisah tentang itu? Kenapa ada double standard pada artis tempatan. Itu saya tidak faham.

“Saya selalu memberitahu diri bahawa setiap orang mempunyai pendapat tersendiri. Ada perkara yang saya tidak suka tanpa sebab juga.

“Sebagai contoh, saya tidak suka polka dot. Jadi saya tidak boleh menghalang seseorang untuk menyukai atau membenci sesuatu. Itu terpulang buat mereka.

“Apa yang banyak membantu saya ketika berada dalam fasa sedih ialah membaca buku falsafah tulisan Marcus Aurelius. 

“Buku-bukunya banyak mengingatkan saya bahawa semua benda dalam muka bumi ini bersifat sementara, seperti komen-komen negatif yang dituju kepada saya. 

“Pada penghujung hari, kita harus lihat gambar yang lebih besar, perkara remeh seperti ini tidak penting. Kata-kata semangat itu banyak membantu saya untuk kekal positif,” ceritanya.

 

Meniti Fasa Bahagia

Rupanya Lizzy telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum nekad mendirikan rumah tangga bersama-sama suaminya. 

“Saya bersyukur kerana hubungan kita tidak dihebahkan atau mendapat perhatian media kerana itu sesuatu yang sangat peribadi buat saya. 

“Walaupun saya merahsiakan perkahwinan saya dan hanya orang terdekat mengetahui tentangnya, namun malangnya ia tersiar. 

“Merancang perkahwinan dalam keadaan pandemik yang tidak menentukan ini sangat sukar kerana kami hanya berserah kepada keadaan.

“Saya ingin mengadakan majlis perkahwinan saya pada bulan Februari kerana itu bulan istimewa buat kami. Bulan itulah saya bertemu dengannya tiga tahun lalu dan bulan itu juga dia meminta saya untuk menjadi teman wanitanya dan melamar saya. 

“Tetapi saya tahu, tidak semua yang kita mahukan kita akan dapat. ‘Ia hanya tarikh semata-mata’ itulah kata-kata yang seringkali saya beritahu diri sendiri agar tidak berasa sedih tentangnya,” katanya.

Wanita mana yang tidak ingin menimang cahaya mata sendiri. Lizzy juga berharap dapat bergelar ibu suatu masa nanti.

“Sebenarnya, saya teringin sangat nak menimang cahaya mata sebelum melangkah ke usia 30 tahun jika diberi rezeki. Itu sahaja yang saya boleh fikirkan sekarang. 

“Semua kawan-kawan saya berada pada usia di mana mereka mempunyai anak sendiri. Melihat itu, menambahkan lagi keinginan saya. Saya ingin hamil dan merasai pengalaman menyusukan anak sendiri. 

“Buat masa ini, apa yang paling saya tunggu-tunggu ialah resepsi perkahwinan kerana sudah setahun menantikannya,” katanya menutup temu ramah.

Semoga Tahun Baru Cina ini menjadi detik kecemerlangan yang lebih cerah buat Lizzy. - Getaran, 29 Januari 2022

 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Elizabeth Tan

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks & Arahan Seni : Sara Mack Lubis

Suntingan Teks: Ili Farhana

Solekan : Jibs Salim

Penata Gaya : Vee Mukhtaram

Busana: Badra Kuala Lumpur

Aksesori : Milik Penata Gaya

Jurugambar: Syeda Imran

Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya

(Sekalung penghargaan buat Puan Feryal Khalil Mufti atas segala bantuan)

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Elizabeth Tan Mahu Timang Anak Tahun Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Persenda Bahasa Malaysia, Gadis Indonesia Terima ‘Serangan’ Netizen

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Elly Mazlein Akur Rezekinya Bukan Dalam Bidang Nyanyian, Sebaliknya Pengacaraan Dan Lakonan 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

'3 Pagi Menangis Saja, Lepas Itu Ketawa' - Noor Kumalasari Dedah Sukarnya Jadi Pelakon

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini