web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Staycation' Di Hotel Menghadap Tasik

Sama ada untuk urusan kerja mahupun menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, hotel di Putrajaya ini pasti tidak menghampakan.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 9:12AM

Gambar: Hadi Yazdi, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda bercadang ke Putrajaya untuk semalam dua, mungkin anda boleh pertimbangkan Hotel Dorsett Putrajaya sebagai lokasi penginapan. Sama ada untuk urusan kerja mahupun menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, hotel ini pasti tidak menghampakan.

Terletak di Precint 3, ia menjanjikan penginapan selesa dengan dekorasi moden untuk  218 buah bilik. Bahkan kemudahan yang tersedia juga bertaraf lima bintang demi keselesaan tetamu. Satu ciri utama Dorsett Putrajaya yang tidak dapat dinafikan ialah lokasinya. 

Biarpun dikelilingi pejabat-pejabat kerajaan seperti Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam dan Kementerian Kesihatan, hotel ini punya kelebihan lain yang mampu menarik ramai tetamu untuk menginap di sini.

Pertama, ia menghadap Tasik Putrajaya yang menawarkan pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam.

Kedua, ia juga berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) yang sering menjadi pilihan pasangan pengantin untuk diijabkabulkan.

Ketiga, Putrajaya Food Truck terletak hanya beberapa ratus meter dari hotel, begitu juga dengan Skyrides Festivals Park Putrajaya. Kesemua tarikan ini boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki dari hotel.

Bercerita tentang bilik-bilik yang tersedia, terdapat lima jenis penginapan yang boleh dijadikan pilihan iaitu Dorsett Room, Deluxe Room, Deluxe Balcony Room, Deluxe Garden dan Studio.

Jika mahu menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati secawan kopi di bilik, bolehlah menempah Deluxe Room, Deluxe Balcony Room atau Studio yang menghadap ke Tasik Putrajaya. Bagaimanapun, perlu cepat buat tempahan kerana bilik-bilik ini sering menjadi rebutan.

Bagi yang membawa anak-anak kecil bercuti, Deluxe Garden mungkin bilik paling ideal kerana bilik ini mempunyai patio yang dihiasi dengan pepohon dan rumput menghijau.

Jadi, anak-anak kecil boleh bermain-main di ruangan ini dengan selesa, asalkan ada mata yang mengawasi. Selain itu, boleh juga bersantai dengan pasangan sambil berkongsi cerita.

Bagi yang mendambakan sebuah pengalaman dalam suasana mewah, unit Studio merupakan pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi jika percutian itu untuk meraikan hari-hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi si dia mahupun bulan madu.

Cuma harus diingatkan, unit Studio ini memerlukan tempahan lebih awal memandangkan hanya terdapat empat unit kesemuanya.

 

Kolam renang infiniti dan gimnasium 

Selain bersiar-siar di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, anda juga boleh mengisi masa terluang dengan berenang di kolam renang infiniti yang terletak di Rooftop hotel ini. Jika bilik anda tidak menghadap ke tasik, rebut peluang menyaksikan pemandangan indah tasik dari sini. Kerana suasananya berbeza. 

Buat yang mementingkan kesihatan badan, jangan bimbang tentang kemudahan senaman di sini. The Gym beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam menyediakan alatan asas senaman yang pastinya memuaskan.

Jika anda lebih suka melakukan senaman secara outdoor, ambil peluang berlari keliling Tasik Putrajaya. Sambil bersenam, boleh juga mengambil gambar-gambar menarik untuk dikongsi di akaun sosial media sendiri.

 

Ada promosi menarik

Ketika ini rangkaian hotel Dorsett menawarkan dua promosi menarik untuk dinikmati oleh setiap tetamu. Promosi yang pertama ialah, 26-hour Full Stay (#Dorsett26hours).

Ini bermakna anda layak menginap sehingga 26 jam dan tidak perlu mengikut polisi daftar masuk dan daftar keluar yang biasanya ditetapkan oleh pihak hotel. 

Sebaliknya waktu daftar masuk dan daftar keluar adalah fleksibel. Dengan kata lain, ia terpulang kepada anda. Contohnya, jika anda memilih untuk daftar masuk pada jam 8.00 malam, anda boleh daftar keluar pada jam 10 malam keesokan hari. Menarik bukan? 

Jadi bagaimana hendak dapatkan promosi hebat ini?  26-hour Full Stay (#Dorsett26Hours) ini ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi iaitu tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel, dan tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh daftar masuk.

Promosi kedua yang boleh dinikmati ialah Dorsett 3 Wishes Package (#Dorsett3Wishes) di mana semua tetamu yang membuat tempahan secara dalam talian (online) boleh memilih tiga permintaan untuk ditunaikan.  Berikut adalah lima pilihan yang tersedia di Dorsett Putrajaya :-

1) Percuma sarapan pagi untuk 2 orang (setiap hari)

2) Percuma sebekas Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan

3) Diskaun 20% untuk bil makanan dan minuman di Restoran Citra Rasa dan 10% untuk bilik jika bermalam pada masa akan datang

4) Hidangan bawa pulang (nasi goreng dengan kepak ayam dan air mineral) untuk 2 orang ketika daftar keluar

5) Kad Touch & Go dengan nilai prabayar RM5

Jadi apa pendapat anda tentang kedua-dua promosi ini? Berbaloi bukan? Promosi ini memberi peluang untuk anda bermalas-malasan di hotel dengan memanfaatkan fasiliti yang tersedia. 

Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini anda boleh melayari laman sesawang rasmi hotel ini di sini. - Getaran, 5 Disember 2021

Gambar: Dorsett Putrajaya

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini