Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih Bahaya Daripada Asma, Fibrosis Pulmonari ‘Membunuh’ Sistem Pernafasan Manusia!

Jarang berlaku dan tak dikenali! Ia lebih bahaya berbanding leukimia dan kanser ovari.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 9:13AM

Gambar: Anna Shvets, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap 15 minit yang berlalu di Eropah, seorang pesakit bakal meninggal dunia akibat fibrosis pulmonari (pulmonary fibrosis, PF). 

PF merupakan penyakit pernafasan kelima yang membawa maut selepas barah paru-paru, COPD, radang paru-paru dan COVID-19. Penyakit ini membunuh lebih ramai orang berbanding leukemia atau kanser ovari.

PF secara amnya juga dikenali sebagai ‘parut’ di paru-paru. Ia merupakan suatu penyakit yang jarang berlaku dan boleh membawa maut. Bayangkan, pesakit akan berasa seperti mendaki Gunung Everest walaupun hanya berjalan di tanah yang rata.

Keadaan ini menyebabkan keradangan terjadi di dalam paru-paru, menimbulkan kesukaran untuk ia menyalurkan oksigen ke saluran darah dengan berkesan. Lama-kelamaan, paru-paru akan menjadi kaku.

Inilah yang membuatkan otot pernafasan terpaksa bekerja lebih keras, hanya untuk menarik udara masuk setiap kali anda bernafas. Seterusnya, otak anda akan mengesan tekanan ini dan menghantar isyarat amaran seperti sesak nafas, apabila anda melakukan sesuatu pergerakan. 

Dr. Syazatul Syakirin, Gambar: MyILD
Dr. Syazatul Syakirin, Gambar: MyILD

Dalam usaha mendidik orang ramai mengenai penyakit ini, Dr Syazatul Syakirin Sirol Aflah, Pakar Pernafasan Institut Perubatan Respiratori, berkongsi, “PF adalah penyakit yang sangat serius dan boleh meragut nyawa. Tetapi ramai tidak sedar mereka menghidapinya.

“Proses diagnosisnya pula boleh memakan masa yang lama dan sukar kerana terdapat lebih 200 jenis penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan atau pembentukan parut pada tisu paru-paru yang kelihatan serupa. 

“Kebanyakan punca penyakit ini tidak dapat dikenal pasti dan ini dipanggil Idiophatic Pulmonary Fibrosis (IPF) yang biasanya mempunyai jangka hayat median antara dua hingga lima tahun selepas diagnosis. Sehingga kini ia masih tiada penawar.

“Walau bagaimanapun, terdapat rawatan untuk melambatkan perkembangan penyakit ini,” jelas Dr Syakirin.

Untuk PF, pengesanan awal sangat penting kerana lebih cepat anda mengesannya, lebih cerah peluang untuk menguruskan penyakit ini. Dr. Syakirin turut menambah, “PF memberi kesan terutamanya pesakit berusia lebih 50 tahun dan lebih ramai pesakit lelaki berbanding wanita.

“Pun begitu, ia tidak bermakna golongan muda tidak terdedah dengan penyakit ini. Beberapa punca dan faktor risiko PF yang diketahui seperti pendedahan terhadap unsur alam sekitar yang berbahaya seperti kulapuk dan haiwan berbulu seperti burung.

“Juga pengambilan ubat dalam jangka masa panjang yang bakal menjejaskan paru-paru, penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis, genetik dan merokok,” jelasnya lagi.

Jangkitan virus turut menunjukkan hubung kait dengan PF. Pemerhatian dan hubung kaitnya dengan wabak SARS dan MERS memperlihatkan pesakit yang sembuh mempunyai kesan susulan dan sampingan PF.

Ini membawa kepada tanda tanya tentang apakah pula implikasi atau kesan COVID-19? Walaupun ia belum dikaji sepenuhnya, dapatan klinikal menunjukkan PF berkemungkinan menjadi komplikasi pernafasan utama buat pesakit-pesakit COVID-19 yang telah sembuh. 

Sungguhpun jangkitan virus dengan PF masih belum dipastikan sepenuhnya, bukti wabak SARS dan MERS sebelum ini menunjukkan hubungan jelas antara jangkitan coronavirus, kerosakan paru-paru yang berterusan dan penemuan radiologi abnormal yang konsisten dengan PF.

 
Walk a mile in my shoes

When the breath is unsteady, all is unsteady. When the breath is still, all is still. #pulmonaryfibrosis #IPF #Sept2021

Posted by MY ILD on Friday, September 17, 2021

PF sememangnya menjejaskan kualiti hidup penghidapnya. Aktiviti harian menjadi terhad dan mula bergantung kepada ahli keluarga dan penjaga terdekat.

Hamshah Ali (65), seorang pesakit IPF berkata, “Setiap hari saya akan bermain bola sepak, ragbi, joging, tetapi tiba-tiba semuanya tidak dapat dilakukan lagi. Aktiviti mudah seperti berkebun menjadi lebih sukar kerana saya senang lelah selepas satu jam.”

Bahayanya, PF sering kali disalah anggap sebagai asma atau penyakit pernafasan biasa yang lain kerana persamaan simptomnya. Walaupun sukar untuk dikesan, gejala dan tanda PF paling biasa ialah sesak nafas dan batuk kering yang berterusan.

Pada mulanya, anda mungkin merasa sukar ketika menaiki tangga, sehinggakan duduk sahaja pun sangat memenatkan. Apabila penyakit ini melarat, hujung kaki penghidapnya akan mula membengkak dan membulat (finger clubbing) akibat kekurangan oksigen.

Jika anda menghadapi sebarang tanda-tanda ini, dapatkan nasihat doktor dengan segera kerana diagnosis awal adalah sangat penting. 

Dengan kemajuan penyelidikan, ujian klinikal dan teknologi, terdapat rawatan yang direka khas bagi menguruskan penyakit ini secara khusus. Antaranya, terapi oksigen, pengambilan ubat-ubatan sesuai, pemulihan dan pemindahan paru-paru. 

Kajian klinikal untuk IPF kini sedang giat dijalankan di lima pusat penyelidikan seperti Institut Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Pakar Perubatan UiTM. 

Layari laman Facebook rasmi Kesedaran Penyakit Paru-Paru Interstisial Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 5 Disember 2021

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini