Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahu Stik Mudah Dimasak Dan Murah? Harus Cuba Stik Ini

Tidak dinafikan memang ada restoran atau kafe yang menjual hidangan stik pada harga murah, tetapi kualiti daging yang dihidangkan mungkin tidak memuaskan hati sesetengah pencinta makanan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 9:10AM

Full Blooded Wagyu MB9 Picanha

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesekali dapat menikmati sepinggan stik yang lembut berjus boleh membuatkan hari yang suram bertukar indah. Hati yang suram menjadi riang. Itulah penangan hidangan yang satu ini.

Namun, hidangan ‘mat salleh’ ini mungkin tidak mampu untuk dinikmati selalu dek harganya yang ‘kayangan’. 

Kalau pendapatan bulanan di dalam kategori B40 dan M40, jawapannya memang perlu mencongak beberapa kali sebelum memuaskan selera.

Apa tidaknya, sepinggan stik potongan sirloin atau tenderloin, harganya boleh mencapai ratusan ringgit. Kalau wagyu, tomahawk, short ribs dan angus, ada yang mencecah ribuan ringgit!

Stik picanha
Stik picanha

Tidak dinafikan memang ada restoran atau kafe yang menjual hidangan stik pada harga murah, tetapi kualiti daging yang dihidangkan mungkin tidak memuaskan hati sesetengah pencinta makanan.

Lebih-lebih lagi jika individu terbabit sudah pernah menikmati daging premium.

Jadi, mulai hari ini tidak perlu lagi pening kepala atau tercari-cari lokasi selera yang boleh menjimatkan poket setiap kali anda ingin menikmati sepinggan daging premium. Just Sear adalah penyelamat anda! 

Just Sear adalah platform dalam talian yang menjual pelbagai jenis daging merah halal, berkualiti premium  pada harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat-tepat lain.

Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan stik pramasak berkualiti premium yang mudah untuk disediakan di dapur sendiri. 

Full blooded Wagyu MB9 chuck
Full blooded Wagyu MB9 chuck

Selain daging sirloin, tenderloin dan ribeye, pelanggan juga boleh mendapatkan daging Wagyu Australia, Wagyu Jepun, Black Angus Tomahawk, picanha, potterhouse, petite tender dan banyak lagi pada harga yang sukar dipercayai (percayalah, it’s legit!).

Selepas membuat belian, produk kemudiannya akan dihantar secara beku ke alamat yang diberikan oleh pelanggan.

Pelanggan hanya perlu mengikut tiga langkah mudah Just Sear – nyahbeku, keringkan dan just sear. Jangan susah hati, kerana daging pramasak ini tidak perlu dimasak lama, dua minit sudah memadai untuk setiap bahagian.

Kisah Just Sear bermula dengan Saheran Hamid, 45, seorang pengikut diet ketogenik dan pengasas bersama Just Sear. Bagi Saheran, stik sentiasa menjadi bahagian penting dalam gaya hidupnya. Ini kerana dia mengamalkan diet rendah karbohidrat, tinggi lemak.

Saheran Hamid
Saheran Hamid

Bagaimanapun, lama-kelamaan, Saheran mendapati sukar untuk mengekalkan diet berasaskan dagingnya. Selain perlu berbelanja besar, dia juga perlu menghabiskan banyak masa di dapur untuk menyediakan hidangan daging.

Ketika itulah dia memutuskan untuk mencari jalan terbaik untuk dia menikmati hidangan yang digemarinya itu. Selain menyelesaikan dilema dirinya, dia juga mahu memberi peluang kepada semua golongan dapat menikmati daging premium dengan cara yang mudah, murah dan memikat selera.

Ketika ditemui baru-baru ini, Saheran rancak bercerita bagaimana tercetusnya idea perniagaan yang tidak pernah diimpikan sebelum ini. Jelasnya, segalanya bermula apabila dia mula mencari jalan terbaik untuk menurunkan berat badan. 

Angus short ribs
Angus short ribs

“Dahulu saya mempunyai masalah berat badan. Berat badan saya mencecah lebih 100 kilogram dan ketika saya ingin menurunkan berat badan, saya mencuba pelbagai kaedah diet sehinggalah serasi dengan diet tinggi protein, rendah karbohidrat.

“Saya suka makan daging, tetapi saya dapati agak renyah untuk sediakan menu ini setiap hari, selain harganya yang mahal.”

“Jadi, saya terfikir untuk buat perapan daging sendiri dan beli dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok. Bermula dari situ, saya mula menjamu kawan-kawan apabila mereka datang ke rumah.

“Kawan-kawan jugalah yang beri galakan untuk saya mulakan bisnes ini. Awalnya semua jualan dibuat secara dalam talian, tetapi selepas permintaan semakin tinggi, kami sepakat membuka kedai fizikal,” ujar Saheran berkongsi cerita mewakili rakan-rakan kongsi yang lain, Hisyammudin Yunos, Shazwan Md Noh dan Wai How.

Para pendiri Just Sear
Para pendiri Just Sear

Dalam masa yang sama, Saheran juga memberitahu Just Sear dipersembahkan untuk memberi peluang kepada penggemar daging untuk menikmati hidangan daging tanpa perlu berfikir banyak kali kerana kekangan bajet.

“Walaupun harga-harga daging kami lebih murah berbanding di tempat lain, tetapi jangan bimbang, kualitinya tetap premium. Kami boleh jual murah kerana kami mendapat stok terus daripada pengimport, tiada penglibatan orang tengah.

“Semua daging diperolehi dari ladang Australia dan kami bekerja rapat dengan pemilik ladang untuk dapatkan daging terbaik.”

“Selain itu, kami juga tidak mengamalkan sistem ejen yang melibatkan pembayaran komisyen. Satu lagi pendekatan untuk penjimatan ialah, kami memudahkan cara penyediaan daging.

“Walaupun kami tidak mempunyai barisan cef seperti di hotel lima bintang, tetapi percayalah hidangan daging di sini memuaskan selera,” ujar Saheran optimis.

Kenyataan Saheran ini ternyata bukan omongan untuk melariskan jualan. Ia terbukti apabila Getaran diberi peluang menikmati stik picanha dan Wellington daging rendang .

Wellington beef rendang
Wellington beef rendang

Kelazatan stik picanha yang dimasak medium rare membuatkan setiap gigitan cukup menggembirakan. Tiada bahan perapan rahsia, melainkan hanyalah garam. Namun, ‘kemanisan’ semula jadi daging menerbitkan kemewahan rasa yang luar biasa. 

Begitu juga dengan Wellington daging rendang. Lain daripada lain. Garapan resepinya layak dipuji biarpun yang menghasilkannya adalah individu-individu yang sebenarnya bekerja dalam bidang kejuruteraan industri minyak.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk-produk daripada Just Sear, anda boleh melayari laman sesawang mereka untuk membuat tempatan.

Jika ingin menjamu selera di premis mereka, Just Sear beralamat di G03-R3 M Suites, 283 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Dibuka pada setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 10 malam kecuali pada hujung minggu sehingga 12 tengah malam. - Getaran, 20 November 2021

Gambar : Instagram @just.sear

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

3 Beranak Ditemukan Mati Di Kediaman Mereka Di Ampang

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini