Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Melakar Impian Hidup Tanpa Batas Usia

Dari kerja korporat dan perakaunan ke catan, Wan Borhanuddin membuktikan umur bukan penghalang untuk meneruskan minat dan menambah kemahiran baru dalam hidup kita.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wan Borhanuddin Md Noor pada asalnya bukanlah seorang pelukis tetapi merupakan seorang yang terlibat dalam bidang perakaunan. Tetapi setelah bersara daripada  bidang tersebut pada tahun 2014, Wan Borhanuddin mula serius dalam dunia lukisan. 

Hal ini bermula setelah dia menghadiri satu bengkel melukis kendalian saudara Abey Zoul, seorang pelukis catan air terkenal negara. Setelah itu Wan Borhanuddin mula melibatkan diri secara aktif  dalam kumpulan seni yang dikenali sebagai  Gangsta Watakala. Kumpulan ini terdiri pencinta seni lukis catan air yang bergiat aktif dalam dunia seni visual Malaysia.

Bercerita tentang perjalanan hidupnya, Wan Borhanuddin yang lahir di Batu Pahat, Johor pada tahun 1959 merupakan anak yang keempat daripada tujuh orang adik-beradik. 

Sedari kecil lagi beliau memang suka melakar watak-watak kartun dan adiwira di dinding serta buku-buku yang ada di rumahnya. Keluarganya tidaklah menghalang mahupun menggalakkan perbuatan tersebut kerana ia adalah perkara yang lumrah buat anak kecil yang sedang membesar. 

Seterusnya Wan Borhanuddin bersekolah rendah di Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi. Kemudianya beliau bersekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehingga tamat tingkatan lima. 

Setelah itu Wan Borhanuddin melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara Shah Alam (kini UiTM) pada tahun 1977 dalam bidang perakaunan.  Setelah memperolehi diploma, beliau mula bekerja di beberapa syarikat korporat di sekitar Lembah Klang.

 

Melakar Impian

Menurut Wan Borhanuddin, pada penghujung tahun 2012 beliau mula berjinak-jinak dalam dunia seni lukis dan aktif setelah bersara. Ini kerana seni lukis sentiasa ada dalam fikiranya tetapi terhalang atas beberapa sebab dan keadaan.

“Perkenalan saya dengan kumpulan pelukis Gangsta Watakala dan Abey Zoul telah banyak membantu saya membina semangat dalam bidang ini,” ujar Wan Borhanuddin. 

“Saya banyak merujuk kepada karya-karya pelukis hebat seperti John Singer Sargent, Joseph Zbukvic, Alvaro Castagnet, Rafie Rahman, Abey Zoul, Ismail Kadir, Azman Nor dan Abdullah Arif.

“Kesemua seniman ini sangat istimewa dan dekat dengan jiwa saya,” tambah Wan Borhanuddin. 

Menyedari dirinya yang lewat menceburi bidang seni lukis ini. Wan Borhanuddin mengatur langkah dengan membuat banyak rujukan daripada buku-buku seni, katalog, video, pameran dan menyertai bual seni yang banyak dianjurkan di sekitar Lembah Klang.

Wan Borhanuddin juga sering mengasah bakat dengan menyertai pelbagai pameran seperti Pameran OLAH, Balai Seni Visual Negara (2016), Pameran OURS, Atelier Art Gallery (2017) dan Pameran PERUPA, Hulo Hotel, Kuala Lumpur (2018). 

Selain berpameran Wan Borhanuddin juga mencabar dirinya untuk turut menyertai pelbagai pertandingan melukis seperti Kuala Lipis 1MCat Plein Air Challenge, Pahang (2015), Kellie’s Castle, Plein Air Challenge, Perak (2016) dan Pertandingan Melukis Spontan Floria Putrajaya (2018). 

Melalui pertandingan ini, Wan Borhanuddin bukan sahaja dapat meluaskan pengalamanya tetapi ada di antaranya yang membuahkan hasil dan pulang sebagai pemenang.

Menyentuh tentang kaedah berkarya, Wan Borhanuddin menerangkan proses tersebut bermula dengan mengambil gambar. Subjek utamanya tentulah alam semula jadi selain rumah dan bangunan lama serta pemandangan di perkampungan nelayan. Waktu melukis pula selalunya bermula pada jam 10.00 malam sehingga 3.00 pagi.

Media yang menjadi pilihannya ialah cat air di atas kertas bersaiz A4 sehingga A1. Ketika melukis, Wan Borhanuddin selalunya akan mementingkan kawasan terang dan gelap serta atmosfera sesuatu gubahan.

Kemudian beliau akan menyapu lapisan warna pertama yang nipis di permukaan kertas yang basah. Setelah kering, beliau akan menutup ruang-ruang gelap dan seterusnya memasukkan warna-warna mengikut nilai ton serta menjaga ruang depan dan belakang agar menimbulkan ilusi perspektif.

Selain itu, kelebihan yang ada pada media cat air iaitu telus cahaya akan digunakan sebaik mungkin. Teknik mewarna seperti sentuhan basah atas basah, basah atas kering, glazing dan sebagainya akan ditekankan dalam setiap karya yang dihasilkan. 

Mengakhiri perbualan, Wan Borhanuddin berharap agar dapat menghasilkan karya-karya dengan identiti dan stroke yang matang serta mencetus sesuatu yang positif buat pemerhati dan pencinta seni tanah air. - Getaran, 5 September 2021

***

Penulis merupakan Dekan Fakulti Animasi & Multimedia di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan