web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Federer Tumpas, Djokovic Layak ke Separuh Akhir ke-10 Wimbledon

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 10:29AM

Federer melambai kepada para peminat semasa berjalan di atas jambatan pemain selepas kalah perlawanan suku akhirnya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Roger Federer berdepan persoalan berkenaan masa depannya selepas tersingkir pada pusingan suku akhir Wimbledon, kurang lima minggu dari hari jadi ke-40nya.

Juara lapan kali Wimbledon itu ditumpaskan Hubert Hurkacz 6-3, 7-6 (7-4), 6-0.

Pemain No 1 dunia Novak Djokovic tidak berdepan masalah menundukkan pemain dari Hungary Marton Fucsovics 6-3, 6-4, 6-4 untuk menempah slot ke pusingan separuh akhir buat kali ke-10 buat dirinya dan yang ke-41 di Grand Slam.

Djokovic sedang berusaha untuk menyamai rekod 20 Major yang dipegang oleh Federer dan Rafael Nadal.

Beliau akan berdepan dengan Denis Shapovalov, yang menewaskan Karen Khachanov 6-4, 3-6, 5-7, 6-1, 6-4, untuk menempah tempat di final pada Ahad nanti.

Hurkacz akan bertemu dengan Matteo Berrettini dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Berrettini mengalahkan Felix Auger-Aliassime 6-3, 5-7, 7-5, 6-3 dalam aksi suku akhirnya.

Ini adalah kekalahan yang ke-14 buat Federer di Wimbledon dalam 119 perlawanan dan kekalahan straight sets pertamanya sejak disingkirkan oleh Mario Ancic di pusingan pertama pada 2002.

Ini juga kali pertama beliau kalah 6-0 dalam satu set di Wimbledon.

“Saya tidak tahu. Saya perlu berfikir tentang perkara ini,” kata Federer bila ditanya jika kariernya di Wimbledon sudah tamat.

“Dengan segalanya yang berlaku selepas Wimbledon, kami memang merancang untuk duduk dan berbincang tentangnya. Saya perlukan beberapa hari.

“Saya mahu melihat apa yang saya perlu lakukan untuk menjadi lebih cergas supaya boleh memberi saingan,” kata Federer. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad