web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesilat SUKMA Meninggal, KBS Tunggu Laporan Penuh Pesaka - Adam Adli

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 4:23PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menunggu laporan penuh daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengenai insiden menyebabkan Pesilat Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal dunia, pada pertandingan prapemilihan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sikamat, Negeri Sembilan,Sabtu lepas.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, berkata laporan daripada Pesaka itu penting untuk mengetahui sama ada penganjur patuh kepada prosedur operasi standard pertandingan atau sebaliknya.

"Saya ucap takziah kepada keluarga atas kehilangan atlet tersebut. Kita perlu hormati perasaan keluarga dan usah menuduh sesiapa. 

"Diharapkan agar sukan jadi ruang yang terus kita pelihara dan pastikan selamat dari sudut apa sekalipun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Atlet Program Podium Fasa 1 di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah, berkata dalam kejadian pada kira-kira 5 petang Sabtu, Wan Muhammad Haikal jatuh di atas   gelanggang ketika pertandingan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat.

Atlet berusia 20 tahun itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi Ahad dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, Jertih, Terengganu, kira-kira 10 malam semalam. 

Susulan kejadian tersebut, Pesaka membatalkan semua kejohanan melibatkan atlet daripada 12 negeri itu bagi menghormati pemergian Allahyarham. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad