web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BATC 2024: Hasrat Malaysia Pertahan Gelaran Tidak Kesampaian, Tewas 0-3 Kepada China

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 10:01AM

Skuad lelaki negara gagal pertahan kejuaraan pada BATC 2024, selepas dua pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final di Pusat Konvensyen Setia City di sini semalam.

Malaysia yang menggunakan khidmat perseorangan negara, Leong Jun Hao sebagai pemain pertama perlu menerima kekalahan selepas pemain rankingke-38 dunia itu ditundukkan Weng Hong Yang, 19-21 dan 17-21.

Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya kerana masing-masing difahamkan mengalami kesukaran bernafas akibat resdung selain kecederaan belakang. 

Usaha pasangan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memberi sinar harapan kepada kem badminton negara juga serba tidak menjadi apabila ditewaskan oleh Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, 16-21 pada set pertama, sebelum kembali bangkit merampas set kedua dengan kemenangan 21-16.

Aaron-Wooi Yik bagaimanapun perlu menerima kehebatan pasangan ke-90 dunia itu dengan kekalahan 21-23 pada set penentuan yang berlangsung selama 66 minit.

Perseorangan negara Eogene Ewe yang dipertaruhkan Malaysia selepas ketinggalan 0-2, juga menyaksikan ranking ke-298 itu meneruskan langkah sumbang apabila mudah ditewaskan oleh Lei Lan Xi menerusi permainan straight set 10-21 dan 14-21. 

Ketika ditanya sekiranya strategi Malaysia terganggu selepas beberapa tonggak utama negara terpaksa direhatkan, Aaron berkata ia adalah sebahagian daripada cabaran seorang atlet iaitu mereka harus cepat bertindak menyelesaikan masalah tersebut berbanding melihat perkara itu sebagai masalah.

"Saya rasa bukan satu masalah sebab kami selaku satu pasukan kalau siapa cedera, kita hanya boleh (pilih pemain) lain main. Kita harus selesaikan masalah itu.

"(Lagipun kejohanan) ini adalah persediaan yang baik kerana jika kita tak sertai perlawanan ini, lima minggu kita tak sertai apa-apa kejohanan," katanya.   

Wooi Yik pula menganggap isu berkenaan perlu dilihat dari sudut positif selain merupakan pengalaman berharga buat mereka sekiranya berlaku pada kejohanan akan datang. 

Pada edisi dua tahun lepas yang berlangsung di venue sama,skuad lelaki negara berjaya muncul juara buat pertama kali selepas mengatasi Indonesia 3-0 di pentas final. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad