web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhammad Nazmi Tercalon Antara Pengadil Utama Piala Dunia 2026

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 4:29PM

Pengadil negara Muhammad Nazmi Nasaruddin. - gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengadil negara Muhammad Nazmi Nasaruddin telah dipilih sebagai antara calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang dijadualkan pada 11 Jun - 19 Julai 2026.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, sehubungan itu Muhammad Nazmi akan berlepas ke Qatar bagi menghadiri kursus FIFA World Cup Candidate 2026 yang bakal diadakan bermula 25 hingga 29 Februari ini.

"Muhammad Nazmi juga akan terus diuji melalui beberapa siri kursus anjuran FIFA dan AFC, termasuk perlawanan anjuran FIFA dan AFC sebagai syarat pemilihan secara merit ke Piala Dunia 2026," menurut FAM dalam kenyataan, hari ini.

FAM memaklumkan Muhammad Nazmi yang mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak 2010, pengadil Malaysia pertama mengadili perlawanan Liga Juara-Juara AFC bagi aksi Buriram United - China, yang menggunakan Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) pada 20 September lepas di Thailand.

Beliau bersama dua pembantunya Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah mengadili enam perlawanan Liga Juara-Juara AFC yang menggunakan VAR selain turut dijemput mengadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi 2023.

Selain itu, prestasi cemerlang Muhammad Nazmi di Piala Asia B-20 2023 di Uzbekistan Mac tahun lepas sebagai pengadil final telah membolehkan beliau bersama Mohamad Zairul dan Mohd Arif terpilih ke Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini.

Beliau dan pembantunya mengadili perlawanan peringkat kumpulan, Iraq-Vietnam dan perlawanan pusingan 16 terbaik, Uzbekistan -Thailand di Piala Asia itu.

Dalam pada itu, FAM memaklumkan persatuan itu akan terus memberi sokongan dari aspek perancangan latihan serta bantuan kepakaran ilmu pengadil kepada trio negara ini.

"Misi meletakkan Muhammad Nazmi sebagai pengadil utama dan pertama dari Malaysia di Piala Dunia, kejohanan bola sepak dunia yang berprestij tinggi akan tercapai.

"Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin sangat komited dalam usaha ini yang sebelum ini tidak pernah ada mana-mana pengadil dari negara ini dipilih sebagai pengadil utama di Piala Dunia," menurut FAM. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad