web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Habuan' Menanti Skuad Hoki 5s Lelaki Negara – Subahan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 6:00PM

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara bakal menerima habuan sewajarnya susulan kejayaan mara ke pentas final edisi sulung kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 berlangsung di Muscat, Oman

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya sudah mempertimbangkan perkara itu biarpun menyedari badan induk sukan hoki negara berdepan kewangan yang terhad.

"Saya akan pastikan apabila mereka pulang mesti dapat bayaran. Saya simpati kepada mereka ini kerana saya sendiri (MHC) kewangan terhad... kita banyak gunakan untuk skuad kebangsaan.

"Elaun latihan buat mereka pun sedih nak diperkatakan. Kadang-kadang minta kasut baharu pun kita tak mampu nak belikan tapi mereka tidak pernah meminta," katanya dalam sidang media di MHC, Bukit Jalil di sini hari ini.

Subahan berkata jurulatih skuad 5s lelaki negara Wallace Tan sendiri menolak keperluan untuk dibayar gaji demi membimbing anak buahnya mempamerkan keputusan memberangsangkan di bumi Oman itu.

"Dia buat kerana nak bantu kami (MHC) tapi macam elaun makan kami berilah," katanya.

Awal pagi tadi, skuad 5s lelaki negara mara ke pentas final edisi sulung kejohanan itu selepas menewaskan Poland 4-3 di separuh akhir, untuk berdepan Belanda di final malam ini.

Susulan keputusan memberangsangkan skuad 5s lelaki dan wanita di kejohanan berkenaan, Subahan berkata pihaknya akan cuba meyakinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan program sepenuh masa membabitkan skuad itu serta skuad hoki.

Program tersebut bertujuan untuk mempersiapkan skuad hoki 5s dan skuad hoki bagi mengharungi pelbagai kejohanan pada masa akan datang. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad