web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAM Pertahan Pemilihan Logeswaran Kendali Final Piala Malaysia 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 1:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini tampil mempertahankan pemilihan S. Logeswaran sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia 2023, yang dimenangi Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1, Jumaat lepas.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata pemilihan Logeswaran dari Selangor dibuat dengan rapi, dan mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengadil FAM selepas mengambil kira faktor beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat, baik sepanjang kempen Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata antara sebab lain Logeswaran dipilih ialah status beliau sebagai pengadil berkecuali.

“Logeswaran juga merupakan antara pengadil senior dalam saingan Liga Malaysia, dengan beliau Pengadil Kebangsaan Kategori A,” katanya dalam kenyataan FAM hari ini.

Menurut Noor Azman, pemilihan Logeswaran juga dipengaruhi kekangan FAM untuk melantik enam pegawai perlawanan tempatan berstatus pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Razlan Joffri Ali dan Kamil Zakaria merupakan pengadil kelahiran Terengganu, Tuan Yaasin Tuan Hanafiah pengadil berdaftar di Johor, manakala Usaid Jamal yang baru bertugas di Melaka pula pernah berdaftar di Johor, sekali gus mereka tidak dapat dilantik atas faktor pengadil berstatus berkecuali.

“Baki dua lagi Pengadil FIFA, Suhaizi Shukri dari Kedah terlibat dengan tugasan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), manakala Nazmi Nasaruddin dari Pulau Pinang berada di Arab Saudi untuk tugasan pengadil,” katanya.

Sementara itu, berhubung beberapa keputusan pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, antaranya pemberian dua sepakan penalti masing-masing kepada JDT dan Terengganu yang dipertikaikan, Noor Azman berkata kesemuanya tepat selepas penelitian rakaman video.

Dalam pada itu, beliau berkata FAM tidak menerima apa-apa maklumat berhubung kononnya Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA Pierluigi Collina menegur mutu pengadilan aksi final Piala Malaysia 2023 dan laporan yang tular di media sosial itu berita atau kenyataan palsu. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad