web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: TMJ Tinjau Kualiti Padang Stadium Nasional

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 9:17PM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim ketika meninjau keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu lokasi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang akan menyaksikan pasukan skuad Harimau Selatan menentang Terengganu FC malam esok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Baginda, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), hadir ketika sesi latihan rasmi skuad Harimau Selatan menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC (TFC) pada 9 malam, esok.

Dalam lawatan kira-kira 20 minit itu, TMJ turut dilihat mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Mohd Faidz Sanusi selepas kualiti padang itu sekali lagi menjadi persoalan.

Isnin lepas, permukaan padang Stadium Nasional sekali lagi tular dan menjadi perhatian selepas Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu yang kelihatan sedikit terjejas menerusi laman media sosial milik baginda.

Ia merupakan kali kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan padang Stadium Nasional, yang pertama selepas dua hari konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan pada 22 Nov lepas.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional yang mula ditanam tahun ini.

Pada final esok, JDT memburu gelaran Piala Malaysia keempat dan double treble selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini, manakala TFC berhasrat menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kejayaan 2001.

Skuad Harimau Selatan, yang merangkul ketiga-tiga gelaran itu pada 2022, turut muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (perlawanan Sumbangsih) musim ini dan musim lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad