web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sivasangari Hadiah Emas Keempat Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 8:14PM

Sivasangari memenangi pingat emas keduanya di Sukan Asia Hangzhou hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Jaguh skuasy negara, S. Sivasangari terpaksa mengetepikan cabaran sengit lebih sejam daripada bintang Hong Kong, Chan Sin Yuk, sebelum menghadiahkan pingat emas keempat negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di sini, hari ini.

Dalam acara final perseorangan wanita, pemain negara berusia 24 tahun itu, dua kali bangkit semula untuk mengesahkan keputusan 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10 dalam pertarungan selama 64 minit di Gelanggang Skuasy Pusat Olimpik Hangzhou.

Kejayaan amat mendebarkan itu menyaksikan Sivasangari, selaku Pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya itu, meraih emas kedua buat dirinya selepas membantu skuad wanita negara merangkul emas dalam acara berpasukan, Sabtu lalu.

Selain itu, pemain ranking ke-37 dunia dan lebih mesra disapa sebagai Sangari, turut berjaya menebus kecewaan ke atas Sin Yuk pada final Kejohanan Asia di Hong Kong, Jun lalu.

Legenda skuasy wanita negara, Datuk Nicol David telah memenangi lima pingat emas dalam acara perseorangan pada edisi 1998, 2006, 2010, 2014, 2018 dan pingat perak pada edisi 2002.

Sejak acara skuasy diperkenalkan pada edisi 1998 di Bangkok, hanya pemain Hong Kong, Rebecca Chiu berjaya memecah dominasi Nicol pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Terdahulu, gandingan beregu campuran negara, Syafiq Kamal-Aifa Azman terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas 2-0 meberusi dua set 10-11, 10-11 kepada pilihan utama Dipika Pallikal-Harinder Pal Singh Sandhu dari India. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad