web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Pandalela Raih Pingat Acara Individu Selepas 13 Tahun

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 8:15PM

Pandelela hadiahkan pingat gangsa acara 10 m platform wanita di Sukan Asia Hangzhou. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Selepas 13 tahun, penerjun elit negara Datuk Pandelela Rinong kembali meraih pingat acara individu di temasya Sukan Asia apabila merangkul gangsa pada final 10 meter (m) platform wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, hari ini.

Pada saingan final itu, Pandelela yang membuat penampilan keempatnya di Sukan Asia menerima tentangan sengit penerjun Jepun Matsuri Arai untuk posisi ketiga, selepas dua wakil China Quan Hongchan dan Chen Yuxi jauh meninggalkan mereka di kedudukan dua teratas.

Ketenangan ditunjukkan Pandelela pada dua terjunan terakhir membantunya mengesahkan gangsa selepas mengumpul keseluruhan 280.50 mata di belakang Quan yang merangkul emas (438.20 mata) dan Chen membawa pulang perak (435.65 mata).

Pencapaian itu menyaksikan beliau mengulangi kejayaan merangkul gangsa dalam acara sama pada penampilan pertamanya di Guangzhou, China pada 2010.

“Saya terkejut, sebab banyak kali saya cuba dapatkan pingat dalam acara individu di Sukan Asia, tetapi ada satu kali tak dapat (edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan), ada satu kali kena tarik diri saat akhir sebab kecederaan (edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia),” katanya.

Atlet berusia 30 tahun itu ternyata tidak dapat menahan air mata kegembiraan sepanjang sesi temu bual dengan media di sini.

Pandelela, yang turut meraih gangsa ketika bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita Sabtu lepas, berkata beliau terpaksa melawan rasa tidak sihat di sebelah pagi tadi untuk beraksi di final.

Katanya situasi itu memaksa beliau mengambil ubat dan mendapatkan urutan daripada pegawai Institut Sukan Negara (ISN) untuk kekal cergas beraksi di sebelah petang.

“Saya mengalami selesema selepas acara 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah, saya juga nak berterima kasih dengan Bitah sebab kami menang pingat tempoh hari dan hari ini saya boleh buat terjunan lebih tenang,” katanya.

Gangsa yang diraih Pandelela itu menyaksikan kem terjun negara menghadiahkan keseluruhan satu perak dan empat gangsa dengan sukan terjun akan menutup tirai saingannya esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad