web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Bunga Raya 7s Tewas Bermaruah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 6:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Pujian perlu diberikan kepada skuad ragbi tujuh sebelah lelaki (7s) negara biarpun terkandas di peringkat suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas 5-26 kepada pemenang pingat gangsa edisi lepas, Korea Selatan, hari ini.

Ia kerana semangat melawan yang tinggi dan perasaan tidak gentar pasukan negara yang diberi julukan Bunga Raya 7s itu berjaya memberikan tentangan sengit berbanding tewas 5-40 kepada lawan sama di pentas sama pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man, berkata anak buahnya telah memberikan yang terbaik untuk menyaingi kehebatan Korea Selatan biarpun terdapat jurang perbezaan berdasarkan di atas kertas.

“Tengok keputusan ini berbeza dengan ketika lawan mereka (Korea Selatan) sebelum ini, paling penting mentaliti pemain, kali ini mereka bagi yang terbaik.

“Apa yang perlu diperbaiki selepas ini mungkin dari segi persiapan, kalau dapat lebih awal bukan nak kata objektif akan tercapai, tapi sekurang-kurangnya boleh rapatkan lagi jurang,” katanya selepas aksi itu yang berlangsung di padang Universiti Hangzhou Normal, di sini.

Pada pertembungan itu, Malaysia yang mempunyai misi menamatkan kempen dalam kelompok empat terbaik ketinggalan 0-12 pada separuh masa pertama selepas Kim Euitae berjaya melakukan satu try dan dua conversion diikuti satu try Jang Jeongmin.

Bersambung babak kedua, try Kim Namuk dan conversion Kim (Euitae) melebarkan penguasaan lawan sebelum Malaysia berjaya menembusi benteng pertahanan Korea Selatan untuk melakukan try menerusi Ahmad Zulhilmi Azizad, namun kapten Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi gagal menyempurnakan conversion.

Di penghujung perlawanan, Jang berjaya melakukan try sebelum Kim (Namuk) menyempurnakan conversion untuk mengesahkan kemaraan Korea Selatan ke pentas separuh akhir.

Sebagai rekod, Korea Selatan pasukan di ranking dunia ke-30 manakala Malaysia di posisi ke-52.

Selepas ini, Malaysia akan membuat perhitungan menentang Singapura dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan di venue sama, esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad