web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Final

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:18AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu ranking ketiga dunia akan berdepan dengan beregu ranking keenam dunia dari India,Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas final, hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan  pertama musim ini selepas mengesahkan tempat di pentas final Terbuka Indonesia 2023 di sini, malam tadi.

Pilihan kedua kejohanan itu berdepan dengan tekanan ribuan penonton di Stadium Istora Senayan dan ketinggalan set pertama sebelum bangkit menyingirkan beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit di separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik, beregu ranking ketiga dunia akan berdepan dengan beregu ranking keenam dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas final, hari ini.

Gandingan India itu melangkah ke final selepas mengatasi pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 17-21, 21-19, 21-18,  dalam satu lagi aksi separuh akhir, semalam.

Bagaimanapun, beregu negara dan juara dunia tahun lalu itu, perlu mengekalkan rekod bersih dalam lapan pertemuan dengan wakil India itu sebelum bergelar juara esok.

"Wooi Yik bermain bagus di set kedua dan membantu saya untuk lebih tenang dan yakin di set penentuan,” kata Aaron kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, Wooi Yik menyifatkan perlawanan dengan lawan tuan rumah bukan mudah atau bernasib baik, tetapi sebaliknya menemui rentak untuk membawa persembahan ke tahap yang lebih tinggi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi