web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jackie Telah Terima Pingat, Malaysia Reda Keputusan Juri - CDM

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 11:15AM

Jackie Wong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kontinjen Malaysia akur dengan keputusan muktamad pihak juri berhubung kontroversi pingat emas jaguh baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong yang ‘dirompak’ pada hari pertama olahraga Sukan SEA 2023 di sini Isnin lepas.

Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023,  Datuk Mohd Nasir Ali berkata ini kerana Jackie telah pun menerima pingat sekali gus menyaksikan beliau terlepas peluang mempertahankan emas dimenangi pada edisi 2021 selepas musuh ketatnya dari Thailand, Kittipong Boonmawan menjuarai acara tersebut.

Katanya Malaysia telah melancarkan dua protes iaitu daripada Jackie sendiri serta protes bertulis pengurus pasukan, Datuk R. Annamalai, namun kedua-duanya ditolak penganjur.

“Kita telah buat apa yang perlu dibuat (protes)...Lagi pun semalam kita sudah terima pingat, jika nak pertikai, kita dah terima pingat,  jadi kiranya kita sudah terima keputusan (pemenang acara baling tukul besi lelaki),” katanya.

Jackie yang pada awalnya membuat balingan sejauh 64.20 meter (m) pada percubaan ketiga daripada sejumlah enam balingan tidak berjaya mengatasi catatan Kittipong, yang melakukan 64.49m juga pada percubaan ketiga untuk merampas semula emas daripada tangan pemegang rekod kebangsaan itu dan seterusnya mengulangi pencapaiannya pada 2019.

Bagaimanapun, saingan penuh kontroversi itu menyaksikan Jackie yang juga pernah menjuarai edisi 2017, mendakwa bahawa beliau berjaya membuat balingan terakhirnya sejauh 64.64m sebelum catatannya ditolak susulan kesilapan teknikal para juri di Stadium Nasional Morodok Techo.

Sementara itu, Mohd Nasir tetap yakin kontinjen negara dapat mencapai sasaran 40 emas ditetapkan sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada 17 Mei ini biarpun kehilangan beberapa emas antaranya daripada skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita.

“Saya yakin atlet kita akan cuba sedaya upaya mereka, kita tak akan mengalah dan lemah semangat kerana masih berjuang di sini,” katanya.

Ahad lepas, skuad hoki dalam dewan lelaki negara terpaksa akur apabila tumpas 1-2 kepada Indonesia pada dalam penentuan pukulan penalti pada perlawanan akhir.

Skrip sama berlaku kepada pasukan wanita apabila tewas dalam aksi penentuan pukulan penalti kepada Thailand, 1-2, selepas kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol dalam permainan sebenar.

Sehingga semalam, Malaysia yang berada di kedudukan ketujuh telah mengutip 15 emas, 15 perak dan 32 gangsa. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan