web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trio Muda Malaysia Buat Penampilan Sulung Kejohanan Skuasy Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 5:59PM

Noor Ainaa Amani Ampandi - Gambar PSA World Tour

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trio skuasy anak muda Malaysia - Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi dan Yasshmita Jadishkumar  berjaya melepasi ke pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia bagi menempah tiket sulung mereka di pentas dunia.

Mereka layak ke pertemuan yang akan diadakan di Chicago dari 3-11 Mei yang menawarkan 12 slot kelayakan masing-masing enam bagi lelaki dan wanita, selepas mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan skuasy Terbuka Britain yang berlangsung baru-baru ini.

Noor Ainaa, 21, yang kini berada dalam keadaan terbaik, meraih dua gelaran berturut-turut dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), adalah yang pertama berjaya selepas melakar kemenangan mengagumkan 6-11, 11-5, 11-9, 11-6 ke atas pemain Jerman Katerina Tycova dalam pusingan akhir kelayakan di Birmingham pada Jumaat.

Noor Ainaa, yang kini berada di kedudukan ke-83 dunia, terlebih dahulu menundukkan pemain remaja Mesir, Nour Heikal 11-4, 11-4, 11-6 sebelum mengatasi pemain ranking ke-65 Jerman Saskia Beinhard 11-8, 11-6, 11-5 untuk mara ke final.

“Ia adalah satu perasaan luar biasa kerana saya datang ke sini tanpa sebarang tekanan walaupun tahu akan berdepan dengan pemain pilihan. Ini kali pertama saya beraksi dalam acara kelayakan dan rasa seronok dapat bermain ke peringkat dunia buat kali pertama,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini.

Susulan kejayaan Noor Ainaa, Aira (ranking ke-67) merupakan pilihan ketiga pada acara kelayakan itu, mengalahkan pemain Australia Alex Haydon 11-6, 11-3, 11-8 dalam separuh akhir sebelum membenam pemain Mesir Menna Hamed 11-8, 11-6, 11-4 di final.

Pemain Malaysia ketiga yang berjaya melepasi saingan Yasshmita, 18, yang menewaskan rakan senegara senior Chan Yiwen 8-11, 7-11, 11-8, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir.

Ia merupakan satu pencapaian luar biasa buat atlet kelahiran Seremban itu yang menduduki ranking ke-103 dunia kerana sebelum ini beliau bertarung melalui dua pusingan lima penentu, masing-masing menentang Rana Ismail dari Mesir dan Kiera Marshall dari England.

Selain tiga pusingan kelayakan, pemain Malaysia lain yang telah menempah tempat berdasarkan ranking dunia mereka ialah pemain nombor 23 dunia S. Sivasangari, nombor 25 dunia Rachel Arnold dan di kedudukan ke-26 dunia Aifa Azman.

Dalam acara lelaki, pemain veteran Ivan Yuen, yang bertanding dalam kejohanan pertamanya dalam tempoh lima bulan, juga turut meraikan kejayaan itu selepas mengatasi cabaran sukar untuk menempah tiket ke pertemuan dunia.

Pemain berusia 32 tahun itu bertarung dalam lima perlawanan di separuh akhir sebelum menang ke atas Yannick Wilhelmi dari Switzerland 7-11, 11-6, 11-3, 9-11, 11-5, dan hasil pengalaman pemain nombor 66 dunia itu, berjaya menewaskan remaja Britain Finnlay Withington 13-11, 11-4, 14-12 pada pusingan akhir. 

Ivan menyertai rakan senegara dan pemain nombor 21 dunia Ng Eain Yow wakil dua pemain lelaki Malaysia dalam undian utama, menjadikan penyertaan Malaysia seramai lapan orang. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad