Berita Terkini

23 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Bekas Pemenang Pingat Emas Olimpik Sedang Mengandung, Disahkan Positif COVID-19

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 2:46PM

Shawn Johnson - Gambar dari Today Show

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas pemenang pingat emas Olimpik bagi sukan gimnastik Amerika Syarikat, Shawn Johnson mengesahkan beliau positif COVID-19, selepas 19 hari disahkan mengandung.

Shawn, 29, memaklumkan perkara berkenaan menerusi cerita Instagram Story namun ia telah dipadamkan.

``Tidak akan menipu....saya gementar selepas mengetahui saya positif.

``Badan saya keletihan. Saya tidak mahu keluarga saya sakit,'' kata bekas gimnastik itu menerusi penjelasan dalam Instagramnya.

Shawn memaklumkan beliau mengalami sakit kepala, batuk dan sakit tekak. Bagaimanapun Shawn kini lebih positif dalam berjuang melawan virus tersebut.

Menurut Shawn, pendedahan yang dibuat menerusi Instagram Story itu bukan untuk mendapatkan simpati ramai sebaliknya hanya sebagai peringatan kepada beliau untuk menjaga diri.

``Minum air yang banyak dan cuci tangan anda,'' katanya.

Shawn dan suaminya, Andrew East, mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun. Selepas disahkan positif, Andrew dan anak mereka turut dikuarantin.

Beliau telah membantu Amerika Syarikat memenangi satu pingat emas dan tiga pingat perak pada Sukan Olimpik di Beijing, pada 2008. Shawn bersara pada 2012.- Today Show

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aplikasi KitaJaga Bantu Rakyat Semak Harga Barang, Beli Secara Bijak - Rafizi

oleh Farhana Farush

Semasa 16 jam yang lalu

Radzi Kongsi Petua Kepada Menteri Pendidikan, Timbalan, ‘Saya Tengok Terkejut Juga…’

oleh Susan Albert

Semasa 6 jam yang lalu

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

Semasa 2 jam yang lalu

DoctorsMalaysia Rancang Mogok, Dr Noor Hisham Nasihat Jangan Teruskan Kerana…

oleh Farhana Farush