web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Turkiye: Mayat Christian Atsu Ditemukan Dalam Runtuhan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 7:00AM

Christian Atsu - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Pemain Ghana dari kelab Süper Lig Turkiye, Hatayspor, Christian Atsu disahkan meninggal dunia dalam gempa bumi yang melanda selatan negara itu pada 6 Februari, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik kenyataan kelabnya pada Sabtu.

Hatayaspor memaklumkan mayat Atsu ditemukan di bawah runtuhan bangunan.

“Pemain bola sepak kami Christian Atsu, kehilangan nyawanya di bawah runtuhan dan telah dihantar pulang ke tanah airnya, Ghana,” menurut ciapan Hatayaspor di Twitter.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Turkiye menerusi ciapan di Twitter: “Kami sangat sedih mengetahui kematian Christian Atsu.”

Keberadaan Atsu menjadi tanda tanya sejak 12 hari lalu, selepas laporan awam mendakwa pemain itu terselamat dan berada di hospital tempatan adalah palsu.

Atsu meninggal dunia di bawah runtuhan Kediaman Rönesans di tengah Hatay.

Kontraktor bangunan berkenaan ditahan minggu lalu susulan runtuhan bangunan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar