web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aksi Hoki Piala Dunia Malaysia - Sepanyol Ditayang Di 2 Skrin Besar

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 11:53AM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat sukan hoki negara berpeluang untuk menyaksikan aksi skuad The Speedy Tigers menentang pasukan Sepanyol dalam pusingan Crossover Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan ditayangkan di dua lokasi skrin besar pada 6.45 petang ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka di sini dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

“Yang tak balik kampung, dua lokasi skrin besar disediakan untuk saksikan pasukan Hokita bermain dalam Hoki Piala Dunia 2023. 

“Untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka. Jom!,” kata Yeoh menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk turun beramai-ramai memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan kepada skuad hoki negara.

Skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang dengan membenam New Zealand 3-2 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.

Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad