web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: FAM Teliti Kad Merah Kontroversi Ketika Menentang Vietnam

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 5:21PM

Sato Ryuji mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokong Malaysia apabila dia melayangkan kad merah terhadap Azam Azmi Murad pada separuh masa kedua. - Tangkapan layar dari video di Facebook Bola Sepak Terengganu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang meneliti insiden yang berlaku ketika perlawanan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam tadi.

Semasa aksi kumpulan B Piala AFF semalam, pengadil Jepun, Sato Ryuji mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokong Malaysia apabila dia melayangkan kad merah terhadap Azam Azmi Murad pada separuh masa kedua.

Kontroversi tercetus pada minit ke-59 apabila Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Doan Van Hau.

Ketika dihubungi The Vibes, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  sedang "menilai dan meneliti insiden semalam secara terperinci sebelum mereka menyerahkan surat rasmi kepada AFF".

“Jawatankuasa akan memuktamadkan laporan penilaian mereka dengan segera, mungkin esok dan akan menyerahkan surat itu kepada AFF selewat-lewatnya Jumaat ini,” katanya.

Penyokong Malaysia meluahkan kekecewaan mereka terhadap keputusan Ryuji di media sosial sehingga menyebabkan pengadil dari Jepun itu mengeluarkan kenyataan mengenai perkara berkenaan di Instagramnya.

Dia turut meminta maaf kepada penyokong Malaysia di atas keputusan kontroversinya itu dan meminta mereka untuk tidak menyerang Instagram peribadinya kerana komen negatif berkenaan dapat dibaca ahli keluarganya.

“Saya menerima panggilan daripada Presiden Persatuan Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan mereka akan memutuskan tentang prestasi saya semasa perlawanan itu,” katanya.

Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam malam tadi dan nasib pasukan negara kini terletak pada perlawanan menentang Singapura pada 3 Januari depan.

Anak buah Kim Pan-gon itu perlu memenangi perlawanan tersebut untuk mara ke separuh akhir. - The Vibes, 28 Disember 2022

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar