Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Chin Ann Imbau Kenangan But Bola Digunting Mendiang Bapa

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 12:19PM

Tee Tong (kanan) meninggal dunia pada usia 107 pada Ahad lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Dia tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, tapi dia tetap datang melihat saya beraksi dalam perlawanan.”

Itu kata-kata legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Ann yang sedang berkabung atas pemergian bapanya, Soh Tee Tong, 107, yang meninggal dunia pada Ahad lalu.

Bercakap kepada The Vibes, Chin Ann berkata, bapanya tidak suka melihat dia bermain bola sepak kerana kebanyakan masa dihabiskan pemain itu bersama rakan-rakan di atas padang.

Malah, bapanya pernah bertindak menggunting kasut bola milik Chin Ann.

“Saya masih ingat bapa saya menggunting kasut bola pertama saya menjadi kepingan disebabkan saya terlalu banyak meluangkan masa bersama rakan bermain bola sepak.

“Pada mulanya, bapa saya menentang (bermain bola sepak). Saya akan bermain bersama rakan-rakan saya bermula jam 2 petang hingga lewat petang.

“Hampir tiada hiburan lain bagi saya, jadi setiap hari saya habiskan masa dengan bermain bola sepak,” katanya yang berjinak-jinak dalam sukan itu sejak berusia lapan tahun.

Datuk Soh Chin Ann telah diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan pada usia 19 tahun dan membuat penampilan pertama untuk Malaysia pada Piala Raja 1969. – Gambar Twitter @KLCityFootball
Datuk Soh Chin Ann telah diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan pada usia 19 tahun dan membuat penampilan pertama untuk Malaysia pada Piala Raja 1969. – Gambar Twitter @KLCityFootball

Chin Ann yang sudah menjangkau usia 72 tahun berkata, ketika itu padang bola sepak hanya terletak di seberang jalan sahaja dari kedai runcit bapanya.

Berikutan insiden but tersebut, Chin Ann yang nakal ketika itu bertindak menyembunyikan sepasang  kasut bola baharunya di sebuah bengkel terletak bersebelahan kedai runcit bapanya.

Bagaimanapun sebaik meningkat dewasa, Chin Ann bermain dan memenangi pelbagai perlawanan, bapanya mula menerima pelawaan untuk melihat dia beraksi dalam kejohanan disertainya.

“Semasa saya mula bermain dengan baik, terutamanya apabila saya menyertai pasukan kebangsaan bawah 19 tahun, dia mula memahami tujuan saya dalam sukan ini dan menerimanya.

“Walaupun dia tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, tapi dia tetap hadir untuk melihat saya beraksi bersama rakan-rakan,” katanya.

Chin Ann mula bermain bola sepak secara profesional sejak berumur 15 tahun dalam kejohanan liga antara sekolah.

Pada masa sama, dia diserap ke dalam pasukan kebangsaan bawah 19 tahun dan mendapat cap antarabangsa penuh untuk Malaysia pada kejohanan Piala Raja 1969.

Beliau juga dikenali sebagai “Tauke” kerana kepimpinannya yang bijak dan tegas ketika di atas dan luar padang.

Beliau turut memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia melayakkan diri dalam dua temasya Sukan Olimpik di Munich (1972) dan Moscow (1980).

Chin Ann yang mewakili negara pada 1969 hingga 1984 juga mengemudi Malaysia merangkul pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran.

Hampir empat dekad selepas persaraannya pada 1984, Chin Ann diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas pencapaian beliau selepas badan itu mengesahkan 195 daripada 222 penampilan antarabangsanya dalam perlawanan Kategori A.

Chin Ann yang juga anak keempat daripada enam beradik menyifatkan bapanya sebagai seorang yang baik hati dan penyayang.

“Bapa saya adalah seorang yang agak ‘simple’. Saya tahu dia amat menyayangi saya,” katanya.

Bapa Chin Ann dimasukkan ke dalam Hospital Alor Gajah pada Khamis lalu kerana tahap kesihatannya yang semakin merosot dan meninggal dunia pada jam 1 pagi. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Legenda Negara Dimasyhur Sebagai Anggota Kelab Abad FIFA

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak