web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APG: Malaysia Bawa Pulang 20 Emas Lebih Berbanding Sasaran 16

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 7:30AM

Aksi atlet paralimpik negara, Abu Samah Borhan & Mohammad Yusshazwan Yusuf pada perlawanan menentang pemain tenis para Indonesia, Kevin Sanjaya & Agus Fitriadi di APG2022, Solo - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SOLO (INDONESIA) - Malaysia menutup saingan hari terakhir Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dengan menyambar 12 butir emas, enam perak dan tujuh gangsa.

Kejayaan itu menyaksikan Kontinjen Malaysia yang dibarisi saiz kecil 70 atlet kali ini, meraih 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa, sepanjang enam hari pertandingan berlangsung selepas upacara perasmian pada 30 Julai (Sabtu) lepas.

Ia juga melebihi sasaran sekurang-kurangnya 16 pingat emas yang ditetapkan sebelum bertolak ke kota Jawa Tengah ini.

Pingat emas bersejarah gandingan Mohammad Yusshazwan Yusuf- Abu Samah Borhan dalam acara beregu lelaki tenis berkerusi roda semalam, menjadi pelengkap kejayaan kontinjen negara di Solo, apabila ini merupakan kali pertama Malaysia menjuarai acara itu di APG.

Mereka melakar sejarah selepas mengalahkan wakil Indonesia, Kevin Sanjaya-Agus Fitriadi 6-4, 6-3 mengatasi cabaran cuaca panas dan kelebihan tuan rumah di Lapangan Tenis Manahan di sini.

Di Edutorium Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS), kem badminton menutup kempen dengan mengutip tiga emas, satu perak dan empat gangsa.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 Cheah Liek Hou, mempertahankan gelaran perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) selepas menewaskan Faris Ahmad Azri 21-18, 21-14.

Pemain badminton berkerusi roda Muhammad Ikhwan Ramli turut cemerlang meraih emas perseorangan lelaki WH1, serta beregu lelaki WH1-WH2 bersama gandingan Noor Azwan Noorlan.

Skuad powerlifting juga beraksi cemerlang untuk menghadirkan tiga kilauan emas – dua menerusi Nicodemus Manggoi Moses bagi acara keseluruhan dan angkatan terbaik kategori lelaki 88 kilogram (kg), manakala Bryan Junency Gustin menjuarai acara keseluruhan lelaki 80kg.

Skuad renang juga menutup kempen mereka dengan cemerlang, apabila Muhammad Nur Syaiful Zulkafli muncul juara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), Abd Halim Mohammad ungguli acara 50m kuak dada lelaki SB8 (kecacatan fizikal).

Di lapang memanah Stadium Kota Barat, pemanah compound G. Daneshan beraksi cemerlang untuk meraih dua emas, iaitu menerusi acara berpasukan campuran bersama gandingan Nur Jannaton Abdul Jalil dan berpasukan lelaki dengan Wiro Julin.

Pasukan ping pong juga menyumbang dua pingat pada hari ini, dengan Jennahtul Fahmi Ahmad Jennah atasi rakan sepasukan Mohd Hazlin Abdullah, untuk meraih emas acara perseorangan lelaki Kelas 11 (masalah intelektual).

Upacara penutup dijadualkan pada 7 malam, Sabtu (6 Ogos) di Stadium Manahan di sini, dengan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dijadualkan akan hadir. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad