web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penampilan Terakhir Di Sukan Komanwel, Tze Liang Mahu Cipta 'Magis'

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 11:02AM

Ooi Tze Liang - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Atlet terjun lelaki kebangsaan, Ooi Tze Liang berharap penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel yang sedang berlangsung di Birmingham, England ketika ini mampu menghadiahkan ‘magis’ kepada skuad terjun negara.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland menerusi acara 3 meter (m) papan anjal lelaki itu berkata beliau telah melakukan latihan dua kali ganda lebih hebat bagi memastikan dirinya berada pada tahap prestasi terbaik menjelang temasya sukan berprestij itu.

“Umur saya sudah 28 tahun, jadi tiba masanya untuk ‘move on’… Semestinya saya sudah memastikan untuk membuat tugas tambahan bagi edisi kali ini yang merupakan aksi terakhir di Sukan Komanwel.

“Saya harap boleh nikmati perlawanan dan bagi sehabis baik menggunakan segala jenis teknik terjunan yang dipelajari selama ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berharap mampu mempersembahkan terjunan terbaiknya berbanding edisi di Gold Coast, Australia yang menyaksikan beliau di tempat ke-10 bagi acara 3m papan anjal dan tempat keempat 3m papan anjal seirama lelaki bersama gandingan Chew Yi Wei.

Bagi penampilan kali ini, Tze Liang masih bergandingan dengan Yi Wei bagi 3m papan anjal seirama lelaki dan skuad terjun negara dijangka memulakan saingan di Pusat Akuatik Sandwell bermula Khamis (4 Ogos) ini.

Tze Liang berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Yi Wei bagi merangka strategi memperkukuhkan teknik terjunan mereka di Birmingham.

“Empat tahun lepas kita baru tukar jurulatih dan ketika itu pasukan terjun tidak stabil, namun kali ini skuad negara lebih stabil. Saya yakin seluruh pasukan berlatih bersungguh-sungguh untuk ke sana (Birmingham),” katanya.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sukan terjun sebagai satu daripada prospek penyumbang emas di Birmingham selain badminton, boling padang, powerlifting, gimnastik berirama dan angkat berat.

Sukan Komanwel Birmingham yang bermula secara rasmi Khamis lepas akan berlangsung hingga 8 Ogos ini dengan kira-kira 6,500 atlet dari 72 negara dan wilayah mengambil bahagian. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad