web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korea Selatan Akhiri Penantian 12 Tahun Rangkul Piala Uber

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 9:50PM

Aksi pemain badminton beregu Korea Selatan, Lee So Hee dan Shin Seung Chan membalas hantaran lawannya dari China,Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan pada perlawanan Akhir Kejohanan Piala Uber di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Korea Selatan akhirnya berjaya menamatkan penantian 12 tahun mereka selepas berjaya mengalahkan juara bertahan China 3-2, seterusnya dinobatkan sebagai juara Piala Uber 2022 di Impact Arena, di sini hari ini.

Pemain nombor 46 dunia Sim Yu Jin, melakukan kejutan pada perlawanan terakhir dengan menunjukkan permainan menakjubkan mengalahkan pemain nombor 15 dunia Wang Zhi Yi, bagi memastikan kemenangan kali kedua negara itu, selepas melakukannya buat kali pertama pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.

Juara Olimpik Tokyo 2020 Chen Yu Fei memberikan mata pertama untuk China, selepas kembali daripada kekalahan set pertama untuk menang dua lagi set dan mengalahkan pemain nombor empat dunia An Se Young, 17-21, 21-15 dan 22-20 dalam masa 91 minit.

Pada perlawanan kedua yang cukup menarik, pasangan nombor dua dunia Lee So Hee-Shin Seung Chan yang kalah set pertama 12-21, kembali untuk menang dua set berikutnya 21-18, 21-18 ke atas pasangan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, bagi menyamakan kedudukan untuk Korea.

China kembali di hadapan selepas pemenang pingat emas Olimpik Remaja 2014 He Bing Jiao, mengalahkan Kim Ga Eun 21-14, 21-13 dalam masa 43 minit. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad