web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 ‘Awang Import’ Bantu Selangor FC Daki Tangga Kelima Liga Super

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 8:22AM

Pemain-pemain Selangor meraikan kemenangan ke atas Sri Pahang. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan tiga pemain import berjaya mencetuskan inspirasi buat Selangor FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas menundukkan Sri Pahang FC, 3-1, dalam aksi tunggal di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Pasukan kendalian Michael Feichtenbeiner bermula garang apabila rembatan tonggak serangan Muhammad Syahir Basihah terkena tiang kiri gol lawan pada minit ke-13, sebelum pemain import dari Brazil Herlison Caion de Sousa Ferreira memanfaatkan hantaran silang Quentin Cheng, untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-37.

Sri Pahang berpeluang untuk menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma diambil Muhammad Nur Azam Abdul Azih ditumbuk keluar penjaga gawang ‘The Red Giants’ Khairuazhan Khalid, pada minit ke-42 dan kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Giliran Hyuri Henrique De Oliveira Costa pula menceriakan penyokong tuan rumah, selepas mencetak nama selaku penjaring kedua Selangor, dengan menolak masuk bola hantaran dari tengah padang oleh Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, tujuh minit selepas babak kedua bersambung.

Bagaimanapun, pelawat merapatkan jurang kedudukan apabila Nur Azam Azih tenang melepaskan tendangan leret untuk menewaskan Khairulazhan pada minit ke-62.

Selangor FC kembali melebarkan jaringan menerusi tandukan pertahanan dari Jordan Yazan Al-Arab, berpunca dari sepakan penjuru oleh Aelxander Agyarkwa Ameyaw pada minit ke-75, sekali gus menoktahkan kemenangan kedua mereka musim ini selepas lima perlawanan, dengan kutipan lapan mata.

Kekalahan ketiga dialami oleh Sri Pahang di bawah bimbingan pengendali Perancis Christophe Gamel pulab menyaksikan mereka kekal di tangga kesembilan dengan empat mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad