web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seiko Hashimoto Dilantik Ketua Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 8:35AM

Seiko Hashimoto - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Ahli sukan Jepun yang kini menjadi Menteri Olimpik, Seiko Hashimoto, diumumkan sebagai Ketua Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 bagi menggantikan Yoshiro Mori, yang berdepan dengan kecaman susulan kenyataan berbaur seksis yang dibuatnya terhadap wanita, baru-baru ini.

Hashimoto, 56, telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Olimpik kepada Perdana Menteri, Yoshihide Suga.

''Ia adalah satu keputusan yang besar kepada saya untuk meletak jawatan sebagai menteri,'' kata Hashimoto, yang akan menggalas tugas berat sebagai Ketua Jawatankuasa berkenaan apatah lagi ketika virus COVID-19 sedang menular.

Beliau akan memantau persiapan akhir sebelum Sukan Olimpik diadakan pada Julai ini.  

Hashimoto, pernah menyertai Olimpik musim sejuk sebanyak 4 kali mewakili luncur ais dan tiga kali dalam Sukan Olimpik sebagai pelumba basikal.

Beliau memenangi pingat gangsa pada 1992, iaitu satu-satunya pingat yang dimenangi sepanjang penyertaan dalam Olimpik. 

Sementara Mori pula, berdepan dengan tekanan supaya meletak jawatan selepas mengeluarkan kenyataan berbaur seksis mengenai wanita.

''Perjumpaan dengan banyak wanita mengambil masa lebih lama. Jika seorang anggota jawatankuasa mengangkat tangan untuk bercakap, yang lain juga mungkin menganggap mereka perlu bercakap.

''Jika anda tambah keahlian wanita, anda akan menghadapi masalah kecuali anda hadkan masa,'' katanya seperti yang dilaporkan media Jepun.

Berikutan kecaman yang diterimanya, Mori meletak jawatan minggu lepas dan turut memohon maaf atas kenyataannya itu. - CNN

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar