Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Warga Malaysia Di Singapura Agih Nasi Lemak, Durian Percuma

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 12:54PM

Nasi lemak dan air percuma disumbangkan oleh Louis Lee kepada warga Malaysia yang bekerja di Singapura. - Gambar dari Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Dengan musim durian sampai ke kemuncaknya sejak beberapa minggu lalu, Louis Lee bersyukur dengan jumlah durian yang dapat dijual.

Warga Malaysia berusia 31 tahun itu, yang memiliki dan mengendalikan sebuah kedai durian di Owen Road, menyaksikan penjualan dan keuntungan yang meningkat hasil durian yang luar biasa banyaknya yang dibawa masuk dari Johor dan Pahang

Berpuas hati dengan pendapatan tambahan yang diperolehi, Lee memutuskan untuk menolong kumpulan individu yang terjejas teruk dengan pandemik COVID-19.

Louis Lee membuka kedai di Owen Road
Louis Lee membuka kedai di Owen Road

Ketika ditemui kedainya pada Selasa lalu, Lee berkata beliau bertuah kerana meskipun sedang pandemik, beliau masih memperoleh pendapatan yang lumayan.

"Saya rasa ia penting untuk menyumbang kembali kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sumbangan ini adalah tanda muhibah kecil - hanya sekadar memberi makanan percuma sahaja," kata Lee.

Sepanjang hujung minggu pada 19 dan 20 Jun, Lee mengagihkan 250 bungkus nasi lemak kepada warga Malaysia yang berada di Singapura. Pada hari Sabtu berikutnya pula beliau mengagihkan 100 bungkus nasi ayam Hainan kepada para pemandu teksi.

Beliau mengumumkan hasratnya itu di Facebook bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil makanan dari kedainya dan ia mendapat sambutan hangat.

Apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk mengagihkan makanan secara percuma kepada golongan tertentu, Lee berkata beliau berasa empati dengan kesusahan yang mereka dihadapi kerana kebanyakan mereka terpaksa berjauhan daripada keluarga.

Ramai di antara mereka juga tidak memperoleh pendapatan yang lumayan dan perlu berjimat cermat untuk membayar sewa dan makanan, kata Lee.

"Saya boleh berasa empati dengan kesukaran yang mereka hadapi. Tidak mudah hidup berjauhan daripada orang-orang tersayang dan perlu bekerja keras setiap hari. Saya pernah hidup susah, jadi saya tahu bagaimana perasaannya," kata Lee.

PERKARA KECIL

Lee membuka kedainya, Louis Durian and Fruits pada 2020 di tengah-tengah pandemik COVID-19. Beliau bekerja sebagai seorang pembantu gerai di beberapa kedai durian sepanjang tujuh tahun lalu dan impiannya adalah untuk membuka kedainya sendiri.

"Saya sedar apabila Singapura memasuki tempoh pemutus rantaian pada 2020, penjualan durian meningkat. Ramai orang teringin untuk memakan durian dan mereka membeli secara online. Perniagaan online saya meningkat dan saya mahu memanfaatkan permintaan yang meningkat itu," kata Lee.

Orang ramai mendapatkan makanan yang disumbangkan oleh Louis di kedainya di Owen Road.
Orang ramai mendapatkan makanan yang disumbangkan oleh Louis di kedainya di Owen Road.

Lee berkata disebabkan oleh sekatan perjalanan yang diperketatkan baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk pulang kerana perlu menanggung sendiri perbelanjaan untuk menjalani kuarantin 14 hari di Singapura dan Malaysia.

Saya dapat rasakan keperitan mereka, walaupun setakat memberikan mereka makanan percuma, saya harap ia akan membuat mereka berasa gembira di tengah masa-masa sukar ini," katanya.

Beliau mendapatkan makanan itu dari seorang teman penjaja yang menjual nasi lemak halal dan yang beliau agihkan dengan air minuman.

Kesemua 100 bungkus nasi lemak habis yang beliau agihkan kepada para pemandu teksi pada hari Sabtu berikutnya habis dalam masa lima jam.

'KEBAIKAN HATINYA BUATKAN SAYA KENANG KAMPUNG HALAMAN'

Antara warga Malaysia yang datang ke gerai Lim untuk mengambil nasi lemak itu adalah Mohd Amin Fauzi, 28 tahun yang bekerja di sebuah syarikat pengeluaran di Yishun.

Apabila dihubungi melalui Facebook, Mohd Amin memberitahu Mediacorp, beliau menghargai budi baik Lee.

Nasi lemak yang disediakan oleh Louis untuk diberikan secara percuma kepada warga Malaysia di Singapura.
Nasi lemak yang disediakan oleh Louis untuk diberikan secara percuma kepada warga Malaysia di Singapura.

"Saya sedang dalam perjalanan pulang daripada syif bekerja dan saya memutuskan untuk singgah selepas melihat catatan Facebooknya," kata Mohd Amin.

"Saya terkejut kerana bungkusan nasi lemaknya besar, lengkap dengan nasi, telur, ikan bilis, sambal dan juga ada ikan goreng," katanya.

"Budi baik beliau membuatkan saya terkenang pada kampung halaman, bagaimana warga Malaysia bersedia membantu satu sama lain tidak kira apa jua kesukaran yang dihadapi," katanya.

Lee memberitahu Mediacorp bahawa beliau berharap dapat melakukan lebih banyak pengagihan serupa jika meraih hasil tambahan.

"Saya gembira dapat berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang lain," katanya. - CNA/HA/ha
 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Luar Negara 11 jam yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran