web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura: Bayi Maut Akibat COVID-19, Kematian Pertama Bawah Umur 12 Tahun

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 11:19AM

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia pada Isnin.

“Punca kematian akibat Encephalitis dicetuskan oleh COVID-19, Respiratory Syncytial Virus dan jangkitan Enterovirus.

Ia merupakan kematian pertama di Singapura melibatkan pesakit berumur bawah 12 tahun,” menurut MOH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya pada Isnin.

Bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lampau lain dan dilaporkan sihat sebelum dijangkiti COVID-19.

Bayi itu telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) KK pada malam 21 Jun, selepas mengalami demam panas dan sawan berulang, serta tidak sedarkan diri.

Pesakit kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun, dan disahkan menghidap Meningoencephalitis yang teruk.

Ujian tindak balas rantai polimerase mendapati bayi berkenaan positif COVID-19 serta dua virus lain - Rhinovirus/Enterovirus dan Respiratory Syncytial Virus.

MOH mengucapkan takziah kepada keluarga pesakit.

"KKH sedang berhubung dengan keluarga untuk memberikan sokongan yang diperlukan," menurut kenyataan itu.

Sehingga 12 tengah hari Isnin, republik itu melaporkan 5,309 kes baharu COVID-19 dan satu kematian. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

oleh Sophia Ahmad