web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ubat Tradisional, Lianhua Qingwen Tidak Diluluskan Rawat COVID-19

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 5:23PM

Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Ubat tradisional Cina, Lianhua Qingwen, tidak diluluskan untuk merawat simptom jangkitan COVID-19, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA), semalam, sambil menambah dakwaan sedemikian tidak dibenarkan.

Dalam maklumannya, HSA menyatakan bahawa ia sedia maklum tentang dakwaan yang tular di media sosial dan melalui kumpulan-kumpulan sembang Telegram yang turut mendakwa produk-produk Lianhua Qingwen boleh digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan COVID-19.

"Sesetengah produk Lianhua Qingwen disenaraikan sebagai ubat-ubatan proprietari Cina di Singapura bagi rawatan simptom selesema. HSA meluluskan ubat itu berdasarkan penggunaan bahan-bahan dalam produk itu seperti yang direkodkan," menurut HSA.

"Setakat ini, tiada bukti saintifik daripada uji cuba klinikal secara rambang yang menunjukkan bahawa sebarang produk herba, termasuk produk-produk Lianhua Qingwen boleh digunakan untuk mencegah atau merawat jangkitan COVID-19."

Kesemua produk herba bagi demam selesema biasa seharusnya digunakan hanya untuk menangani simptom-simptom seperti sakit kepala, hidung berair atau hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk, menurut HSA.

"Kami sangat-sangat menasihatkan orang awam supaya jangan terpedaya dengan dakwaan atau tuntutan tidak berasas atau menyebarkan khabar angin seolah-olah produk-produk herba boleh digunakan untuk mencegah atau merawat COVID-19," tambah kenyataan tersebut.

Sebelum sebarang produk yang didakwa boleh merawat COVID-19 dibekalkan kepada Singapura, ia harus pertama sekali menyerahkan penilaian bukti saintifik dan pendaftaran kepada HSA.

Bukti saintifik itu harus diperolehi daripada kajian klinikal terkawal yang menunjukkan bahawa produk itu selamat dan berkesan terhadap COVID-19.

"Para pedagang dan penjual diingatkan supaya jangan membuat sebarang tuntutan palsu atau mengelirukan bahawa produk-produk yang dijual boleh mencegah, melindungi atau merawat penyakit seperti COVID-19," menurut HSA.

Hukuman bagi kesalahan sedemikian adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar