web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih Setahun Terpisah, Hafeez Akhirnya Dapat Peluk Ibu

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 10:45AM

Muhd Hafeez memeluk ibunya selepas dia membuat kejutan, pulang dari Singapura selepas lebih setahun tidak bertemu. - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Selepas lebih setahun setengah tidak pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga akibat pandemik COVID-19, akhirnya hasrat Muhd Hafeez Naem tercapai juga.

Dia yang bekerja di sebagai tukang masak di Singapura sejak 2016, balik ke rumahnya di Johor. Menariknya, Muhd Hafeez menjalani kuarantin di sebelah rumah ibu bapanya, namun dia tidak mendedahkan diri bagi memberikan kejutan kepada mereka.

Muhd Hafeez, 24, cukup 'berhati-hati' ketika menjalani kuarantin itu dan tidak berbuat bising agar ibu bapanya tidak terperanjat ataupun "terbocor rahsia".

Selepas tamat kuarantin, dia menyewa maskot 'Minion', iaitu watak kartun kegemaran anak saudaranya yang berusia 6 tahun pada hari jadi kanak-kanak itu untuk membuat kejutan pada majlis meraikan ulang tahunnya, lapor Berita Mediacorp.

Selepas semua anggota keluarga bergambar dengan maskot 'Minion', akhirnya Muhd Hafeez mendedahkan diri dan membuka sarung kepala yang dipakainya. Orang pertama yang dipeluk adalah ibunya, yang selama ini hanya berhubung secara dalam talian. 

"Saya rasa sebak dan sedih sangat. Rasa saya rindu betul-betul rindu. Masa itu saya rasa macam keliru. Betul ke mak saya ini? Saya rasa macam mimpi. Tapi kenyataan. Dari situ saya rasa macam hargai sangat masa yang ada ini," kata Muhd Hafeez.

Sebelum pandemik COVID-19, Muhd Hafeez, berulang-alik setiap hari dari Johor ke Singapura namun selepas Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, dia terkandas di Singapura.

Mujur majikan lamanya memberikan tempat tinggal namun pengalaman kali pertama bersendirian di seberang tambak cukup meninggalkan kesan kepada dirinya.

"Saya rasa sedih dan macam rasa tertekan tapi walau macam mana pun kita yang pilih jalan ini, kita kena hadap dengan hati yang terbuka. Walau macam mana pun saya terpaksa ikutlah sebab itu saja punca saya cari rezeki saya dekat negara jiran," ujarnya.

Muhd Hafeez bekerja sebagai tukang masak di Singapura. - Gambar Hafeez Naem
Muhd Hafeez bekerja sebagai tukang masak di Singapura. - Gambar Hafeez Naem

Hafeez cuba untuk pulang ke Malaysia tapi gagal berkali-kali sehinggalah dia mendapat kerja dengan kedai makan Tan pada 1 September lalu dan majikan barunya itu lebih fleksibel.

Dengan rasa penuh kesyukuran, Hafeez meluahkan penghargaannya:

"Saya berterima kasih dengan majikan saya yang sanggup memberi saya peluang untuk balik untuk berjumpa keluarga."

"Dekat Malaysia, saya punya komitmen terlalu tinggi untuk saya bekerja di Malaysia. Bukan tak cukup, untuk mencari lebih sebab saya adalah tulang belakang keluarga saya sebab mak bapak saya sudah berumur, saya yang diharapkan," kata Muhd Hafeez.

Antara kebimbangannya ialah kesihatan ibu bapanya yang masing-masing menghidapi penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.

Hafeez memberitahu bahawa dia juga mempunyai adik-beradik yang tinggal di luar dan dalam negeri, tapi di kawasan lain. Abangnya tinggal di Australia manakala dua lagi adik beradiknya menetap di Kuala Lumpur dan seorang kakaknya di Johor Bahru.

Selepas menjalani kuarantin 14 hari di rumahnya, Hafeez merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama pasangannya selepas rancangannya itu terpaksa ditundakan tahun lalu.

"Saya akan bernikah 7 Oktober ini. Insya-Allah dipermudahkan. Lepas saya bernikah, saya tak ada ke mana-mana sebab kita takut akan datang masa untuk saya bekerja, takut susah takut saya positif ke apa, itu akan menyusahkan saya juga. Saya pilih untuk duduk dekat rumah untuk lebihkan masa dengan keluarga," katanya. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad