Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


"Tak Semuanya Gangguan Jin" Kisah Perkhidmatan Rukyah Di Singapura

Kadang-kadang kita terlalu fanatik dengan benda-benda ghaib. Sikit-sikit jin atau sihir, padahal tidak. Masalah rumah tangga contohnya, harus kaunseling, bukan rukyah.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 7:03PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Bila kita diuji dengan gangguan jin, kita perlu balik dekat kepada Tuhan. Kalau orang itu tiada ilmu dan terus pergi berjumpa dukun, di situ boleh menyimpang jauh dari agama sedangkan mesej utama di sini ialah tauhid.

“Kalau kita merawat dengan cara-cara kesyirikan contohnya merawat dengan seseorang yang menggunakan kuasa jin atau kuasa ghaib, tak menggunakan al-Quran, menggunakan mantera-mantera, paling teruk kalau gunakan sihir tapi tak sedar itu satu sihir, jadi situ kita ajarkan kepada mereka apa yang benar.”

Itulah antara inti pati perkongsian Ustaz Muhammad Ruknuddin Bin Zainor dari Khidmaat.Alarkaan ketika ditanya mengenai khidmat rukyah dari rumah ke rumah yang dilakukannya di Singapura bagi mereka yang diduga dengan gangguan mahluk halus.

Ustaz Muhammad Ruknuddin Bin Zainor
Ustaz Muhammad Ruknuddin Bin Zainor

Ustaz Ruknuddin bertugas sepenuh masa sebagai pegawai agama di Masjid Al-Firdaus. Kongsinya:

“Anak kecil menangis malam dan mengikut ilmu rukyah yang dipelajari, kalau gangguan berlaku pada anak, yang dirukyahkan ialah mak bapaknya.

“Saya ada enam kes bila dirukyahkan, memeranjatkan, kerana para bapa kepada anak-anak kecil itu terkena rasukan. Saya tidak ada penjelasan yang sebetulnya.”

Terdapat juga kes pesakit yang tiada gangguan, cuma keadaan mental pesakit itu yang membuatkan dia percaya ada gangguan sedangkan tiada gangguan bila dirukyahkan.

“Ada kes suami isteri bergaduh ingin dirukyahkan. Sebenarnya tiada gangguan jin pun. Sepatutnya masalah rumah tangga harus disalurkan pada kaunseling.

“Itu yang saya maksudkan dengan dakwah. Kadang-kadang kita terlalu fanatik dengan benda-benda ghaib. Sikit-sikit jin, sihir, padahal tidak,” katanya kepada kami.

Sekiranya terdapat pesakit yang telah berjumpa doktor dan doktor mengesahkan dia tiada penyakit, barulah akan dirukyahkan.

Beliau selitkan dakwah juga pada pesakit kerana, “Mereka yang diuji sebenarnya paling senang untuk jatuh pada kesyirikan kalau cara mengatasi itu cara yang salah.”

Contohnya, pesakit terlalu bergantung pada perawat untuk kesembuhan sedangkan kesembuhan itu milik Allah terangnya. Kata Ustaz:

“Soalan asas saya tanyakan ialah solat lima waktu. Kalau tak dilaksanakan, kita nak sembuh dengan pertolongan siapa?

“Yang menghubungkan kita dengan Allah ialah solat. Jika tak dilaksanakan macam mana nak baik? Jadi saya terangkan, jangan tinggal solat lima waktu. Itu paling asas.”

Jelas Ustaz Ruknuddin lagi, kadangkala apabila pesakit merawat dengan dukun atau perawat yang tidak menggunakan cara Shar’i (berlandaskan syariat), pesakit akan diberitahu kononnya mereka disihir dan disebut juga nama pengirim sihir.

“Paling saya tak suka dengar ialah bila mereka kata 'oh, ini kena sihir dengan orang ini'. Mereka sebutlah nama orang yang buat mereka kononnya. Ini namanya fitnah.

“Selagi dalam hati kita ada perasaan sangka buruk dan mempercayai fitnah, selagi itulah kita akan diganggu.” jelasnya.

Ustaz akan mengingatkan pada pesakit supaya tidak percaya pada benda-benda khurafat, percaya pada fitnah atau bersangka buruk dengan orang disebabkan oleh kata-kata perawat.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah merawat dua beradik yang kerasukan dari hari Ahad sehingga Khamis sehingga membuatkan mereka tidak sedarkan diri. Tambahnya:

“Selepas 4 jam dirawat baru keluar jin. Saya bukan dakwah manusia saja. Dakwah jin juga. Diterangkan, tidak boleh ada hubungan antara manusia dengan jin, jadi jin disuruh bertaubat. Rata-rata 80 peratus jin bila diajak berdakwah dengar cakap.”

Beliau turut terkena tempias apabila turut diganggu di rumahnya sendiri.

“Saya dan isteri ada di ruang tamu waktu Maghrib. Doorbell ditekan-tekan. Pintu kita ada kamera boleh tangkap gambar pergerakan di luar. Saya tengok tiada orang.

“Pernah pintu bilik terbuka sendiri. Anak-anak di dalam. Mereka lihat tiada orang yang buka pintu itu dan tanya ayah buka pintu? Saya kata tidak.

“Jadi bila kita tahu kita diganggu, kita rawat rumah. Alhamdulillah, selepas itu tiada lagi gangguan. Saya juga bersyukur mendapat isteri yang supportive.”

Gangguan sedemikian tidak perlu dibimbangkan kerana beliau percaya Allah lebih berkuasa ke atas dirinya daripada gangguan jin. Sambungnya:

“Pertama yang perlu ditanya di sini adalah antara gangguan jin dengan perlindungan Allah, keyakinan kita ke arah mana?”

Apakah kepuasan menawarkan khidmat rukyah ini dari rumah ke rumah? Ini penjelasan Ustaz dengan penuh keyakinan:

“Bila saya dapat lihat hati itu terpandu lebih kepada agama dan yakin mengamalkan rukyah sendiri, tidak mengharapkan perawat serta keimanan mereka bertambah kuat, tidak tinggal solat, dan mengurangkan aktiviti yang membawa ke arah dosa.

“Itu satu kepuasan bagi saya kerana itu dakwah yang saya nak lihat-- positiviti dalam keluarga. Bukan itu saja, dalam sesetengah orang yang terlalu kemaruk sangat dengan benda-benda mistik, bila didakwahkan dah tak jadi kemaruk.”

Selain khidmat rukyah, Khidmaat.Alarkaan juga mengadakan khidmat pagar rumah, sertu rumah, tahnik, tahlik dan aqiqah bagi warga Singapura. - Getaran, 19 September 2021

Semua gambar: Ustaz Ruknuddin Zainor

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut