web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Henry Moodie Tak Sangka Persembahan Percuma Di TRX Dapat Sambutan Ramai

Menurut Henry, peminat yang hadir adalah dua kali ganda daripada jangkaannya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 8:20AM

Henry Moodie.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi antarabangsa, Henry Moodie tidak menyangka persembahan percuma yang dilakukannya di pusat beli belah terkemuka, Tun Razak Xchange (TRX) pada Sabtu lalu mendapat sambutan ribuan peminat.

Henry yang berasal dari England mula mencuri tumpuan pencinta muzik di seluruh dunia menerusi lagu hit, Drunk Text.

Ditanya perasaan tatkala melihat ribuan peminat setia menanti untuk melihatnya, kata Henry dia tergamam  sehingga tidak mampu untuk berkata-kata.

"Saya tidak menjangkakan peminat akan hadir seramai itu. Ia dua kali ganda daripada apa yang saya bayangkan melihatkan ruang yang disediakan untuk saya buat persembahan.

"Bercakap dengan anda sekarang pun membuatkan saya masih rasa tidak percaya sehingga tidak dapat berkata-kata.

"Ia satu pengalaman yang sangat menakjubkan dan menyeronokkan. Cuma saya rasa bersalah kepada peminat yang tidak dapat melihat saya dari dekat kerana mereka berdiri terlalu jauh.

"Saya harap di masa hadapan mereka akan dapat peluang melihat saya dari dekat," katanya sewaktu sidang media sehari selepas berlangsungnya persembahan di TRX.

Henry Moodie ketika mengadakan persembahan
Henry Moodie ketika mengadakan persembahan

Jejaka berusia 20 tahun ini turut memuji peminat Malaysia yang disifatkannya sebagai sangat menyenangkan.

"They are so lovely! Saya dapat banyak sokongan daripada peminat peminat saya di sini. Mereka sangat hebat.

"Saya dapat merasai kasih sayang mereka terhadap saya. Mereka juga sangat bagus dalam nyanykan apabila turut menyanyi bersama saya.

"Bila saya menyampaikan lagu Drunk Text, mereka berteriak memberikan sokongan. Saya rasa terharu kerana mempunyai lagu yang dapat menghubungkan saya dengan ramai peminat.

"Terima kasih kerana menyokong saya selama ini," kongsinya dalam nada gembira.

Peminat yang membanjiri persembahan Henry Moodie
Peminat yang membanjiri persembahan Henry Moodie

Dua hari tinggal di Malaysia, Henry mengakui sangat sukakan negara ini dan makanannya. Malah dia sempat mencuba buah durian.

"Saya tertarik dengan bangunan-bangunan di sini yang sangat tinggi. Saya juga sukakan makanan di sini.

"Saya telah mencuba buah durian. Saya sukakan rasanya biarpun baunya kurang menyenangkan," kongsinya.

Selain Malaysia, Henry turut berkunjung ke Manila sebelum ke Kuala Lumpur dan melanjutkan lawatannya ke Jakarta pada Isnin. - Getaran, 9 Mei 2024

Foto : PR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...