web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajar Benar Vaksin Rakyat Asing - ADUN Apas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 8:10AM

Penduduk PPR Sri Titingan sedang menunggu giliran untuk vaksinasi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tindakan kerajaan negeri Sabah membenarkan vaksinasi secara 'walk-in' termasuk membabitkan rakyat asing adalah wajar, kerana mendatangkan kebaikan tersendiri.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, langkah tersebut membawa Sabah mencapai imuniti berkelompok, sekali gus membebaskan diri daripada belenggu COVID-19.

Menurut beliau, keutamaan bagaimanapun tetap ke atas rakyat tempatan.

"Memang kita utamakan rakyat tempatan, tapi Sabah juga memiliki sejumlah besar rakyat asing yang menetap di negeri ini.

"Jika kita mahu capai imuniti berkelompok, mereka juga perlu divaksin," katanya ketika ditemui dalam Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Titingan, di sini.

Dalam hal ini, Nizam berharap agar orang ramai bersifat terbuka demi memastikan kesejahteraan bersama.

Awal minggu lalu, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri  membenarkan 'walk-in' vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri termasuk membabitkan bukan warga negara.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat pelbagai maklum balas, khususnya yang mempersoalkan kewajaran rakyat asing, termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) diberi layanan sedemikian.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Junz Wong pada Khamis lalu berkata, kerajaan negeri memfokuskan program vaksinasi kepada penduduk tempatan dahulu, memandangkan masih ramai rakyat belum melengkapkan dos suntikan masing-masing.

Sementara itu, Nizam menjangkakan, lebih banyak program MOVAK dilakukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) seperti yang dilakukan di PPR Sri Titingan.

"Sehingga tengah hari tadi, lebih 800 penduduk berjaya divaksinasi.

"Saya percaya lebih 80 peratus daripada 2,500 penduduk di sini akan divaksin dalam tempoh dua hari ini," katanya. - Getaran, 16 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad