web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pembangunan ORIC Tak Patut Timbul - PKB

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 5:03PM

Lakaran projek ORIC yang bakal dilaksanakan di kawasan hartanah milik PKB di Bukit Malut, Langkawi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Isu pembangunan projek Open Road International Circuit And Integrated Resorts (ORIC) yang didakwa dianugerahkan secara istimewa atau terpilih oleh kerajaan negeri kepada Open Road Asia Sdn. Bhd. (Open Road), tidak sepatutnya timbul.  

Permodalan Kedah Berhad (PKB) iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dengan usaha sama bersama Open Road bagi membangunkan projek itu menjelaskan, Open Road selaku pemaju merupakan pihak bertanggungjawab penuh untuk menyediakan dana bagi projek tersebut. 

Lakaran projek ORIC yang menjadi kontroversi.
Lakaran projek ORIC yang menjadi kontroversi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rahman Din, Open Road juga akan menanggung semua kos pembangunan tersebut yang akan dilaksanakan di kawasan hartanah milik PKB di Bukit Malut, Langkawi. 

"Selain itu, individu bernama Goh Hock Choy yang menjadi pertikaian dalam isu dibangkitkan bukanlah pengarah syarikat atau pemegang syer Open Road. 

"Sebaliknya, beliau adalah pengasas Open Road yang kini hanya bertindak selaku penasihat bagi aktiviti perniagaan syarikat itu," katanya di sini, hari ini. 

Kelmarin, seorang Ahli PKR Cabang Sungai Siput, S. Indrani membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa Muhammad Sanusi melakukan salah guna kuasa dalam pemberian sebuah projek berkaitan sektor pelancongan negeri. 

Indrani mendakwa memiliki bukti bahawa projek tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat, manakala pengasasnya yang juga merupakan seorang daripada pengarah sudah berstatus muflis. 

Muhammad Sanusi turut memberi reaksi terhadap perkara itu semalam dengan mendakwa, kerajaan negeri tidak pernah menganugerahkan sebarang projek bernilai RM1.3 bilion kepada mana-mana pihak seperti didakwa Indrani. 

Abdul Rahman menambah, perjanjian usaha sama yang termeterai antara PKB dan Open Road langsung tidak melibatkan tandatangan Hock Choy. 

"PKB telah menjalankan proses usaha wajar (due diligence) dan mendapati Open Road merupakan syarikat berkemampuan untuk melaksanakan projek itu. 

"Syarikat itu bukanlah muflis malah barisan pengarahnya juga tidak berstatus bankrap seperti dinyatakan pihak tertentu," katanya. 

Katanya, semua pihak dinasihatkan supaya terlebih dulu mendapatkan kepastian berhubung sesuatu isu sebelum menyebarkannya kepada pihak lain. 

"PKB sentiasa bersedia memberikan penerangan kepada pihak media mahu pun orang awam berkaitan projek-projek berkenaan kami," katanya. - Getaran 14 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad