web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Hilang Ketika Aktiviti Mendaki, Bapa Harap Operasi SAR Temui Petunjuk Baharu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2026 8:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Bapa kepada remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim pada Sabtu lepas, berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya akan menemui petunjuk baharu.

Azizul Abdul Aziz, 48, berkata beliau dan seluruh keluarganya bagaimanapun reda dan pasrah dengan segala kemungkinan susulan kehilangan Nur Izzati Humaira, 18, yang masuk hari ketiga.

"Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera," katanya ketika ditemui Bernama di Pos Kawalan Bomba (PKB) di sini hari ini.

Azizul yang menetap di Felda Trolak Utara, di Batang Padang, Perak, berkata anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum hilang, sebaliknya kelihatan sangat gembira sejak kebelakangan ini selepas berjaya mendapat lesen memandu kereta.

Beliau berkata Nur Izzati Humaira juga baru bekerja di sebuah kedai makan berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungkai dan merupakan seorang remaja yang sangat aktif dalam sukan bola jaring.

"Walaupun sudah menamatkan persekolahan, dia sering kembali ke bekas sekolah menengahnya untuk membantu guru sukan melatih pasukan sekolah secara sukarela," katanya.

Azizul berkata anaknya itu mula berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian sejak beberapa tahun lepas.

"Saya pernah mendaki bersama Nur Izzati Humaira di Gunung Belumut di Kluang, namun tidak dapat ikut untuk aktiviti Sabtu lepas," katanya.

Beliau berkata ketika hari kejadian, remaja perempuan itu melakukan aktiviti mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupunya.

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad