Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warga Emas Lebih Berisiko Sebagai Pejalan Kaki Bukan Memandu, Kata MIROS

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 12:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebanyakan kes nahas jalan raya yang berlaku dalam kalangan warga emas bukan membabitkan kemalangan ketika memandu.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, mendedahkan kebanyakan kes kematian warga emas akibat nahas jalan raya adalah daripada kategori pejalan kaki.

"Ini berdasarkan data yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh 2000 hingga 2020 yang merekodkan sebanyak 17,106 kematian akibat nahas jalan raya melibatkan warga emas.

"Daripada jumlah itu 48.5 peratus kematian warga emas adalah membabitkan kemalangan pejalan kaki," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas perlukah kerajaan melaksanakan had umur memandu ke atas warga emas.

Ia susulan banyak kes kemalangan melibatkan golongan itu yang dilaporkan dalam tempoh dua minggu ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan kerajaan tidak menetapkan sebarang had umur maksimum untuk memandu selari dengan amalan negara lain yang tidak menghalang golongan emas daripada memandu.

Ini kerana, katanya, faktor umur bukanlah penentu mutlak dalam keupayaan seseorang untuk memandu.

Jelas beliau, ia lebih bertindak sebagai panduan dalam mengenalpasti sama ada individu itu sesuai memandu atau sebaliknya.

Katanya, keadaan sesuai untuk memandu bukan sahaja bergantung kepada faktor umur semata- mata tapi juga membabitkan faktor lain seperti kesihatan, kelesuan dan pengaruh bahan seperti dadah dan alkohol.

Beliau berkata, penghidap sakit jantung kronik yang berusia 30 tahun, misalnya, lebih terdedah kepada risiko tinggi untuk memandu kerana perlu bergantung kepada ubat dan boleh mendapat serangan jantung bila-bila masa yang boleh membahayakan dirinya dan pengguna jalan raya lain.

“Hal berkenaan kesihatan dan keupayaan untuk memandu telah diperincikan dalam Seksyen 30, Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Peruntukan Seksyen 30 ini dipercayai sudah mencukupi dalam memastikan golongan yang berisiko untuk tidak memandu, tanpa menghalang mereka yang sebaya yang masih sihat dan fit untuk terus memandu,” katanya.

Antara lain, beliau mendedahkan hasil kaji selidik MIROS dengan 40 warga emas mendapati golongan terbabit cenderung memperbaharui lesen memandu walaupun mereka tidak lagi aktif memandu atau  menunggang sendiri.

Beliau berkata, pemandu warga emas yang ditemu ramah mendedahkan mereka mempunyai strategi pemanduan seperti hanya memandu dalam jarak dekat, memandu pada waktu siang dan dalam cuaca baik atau memandu dengan ditemani seseorang.

“Pendekatan yang digunakan warga emas itu membuktikan mereka menyedari tahap kemampuan diri dan keinginan untuk membuat perjalanan  selamat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, MIROS tidak menafikan terdapat sebilangan warga emas yang masih memandu dalam keadaan tidak menyedari keupayaan merekq untuk memandu dengan selamat telah terbatas.

Hal ini, katanya, mungkin disumbangkan oleh keperluan mendesak mereka untuk menjalani aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain.

“Oleh itu, MIROS melihat penekanan terhadap pengetahuan mengenai kesihatan dan keupayaan perlu diberi kepada semua pemandu, termasuklah warga emas.

“Begitu juga dengan tambah baik fasiliti pejalan kaki dan jejantas yang mesra warga emas memandangkan kes kemalangan yang tinggi membabitkan golongan itu,” katanya.

Tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, sehingga kini kerajaan masih belum ada sebarang ketetapan berhubung had maksimum untuk individu memperbaharui Lesen Memandu Malysia (LMM) masing-masing,

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih memandu serta memiliki lesen yang sah, Anthony berkata, kerajaan masih belum ada dasar umur maksimum untuk memiliki LLM walaupun ada had usia minimum iaitu seawal 16 tahun untuk memiliki lesen bagi penunggang motosikal.

Beliau ketika itu mengulas dakwaan berhubung kerelevanan inisiatif memperbaharui LLM sehingga tempoh 10 tahun membabitkan golongan warga emas.  – Getaran, 22 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim