Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Komited Posisikan Malaysia Antara 20 Negara Terbaik Punyai Ekosistem Pemula Menjelang 2030 – PM

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 9:44AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif KL20 sempena Sidang Kemuncak KL20. - gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam membentuk ekosistem pemula yang dinamik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia bagi mencapai hasrat negara untuk memposisikan Malaysia sebagai hab utama untuk keusahawanan dan inovasi.

Anwar dalam satu perkongsian di media sosialnya semalam, berkata Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula global menjelang tahun 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula dan digital serantau.

Beliau yang menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif KL20 sempena Sidang Kemuncak KL20, malam tadi, berkata ia diharap menjadi forum untuk memudahcara syarikat permula dalam pelaburan bernilai tinggi dan mengalakkan syarikat permula untuk berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rantaian ekosistem global yang lengkap.

“Saya menghargai perkongsian daripada wakil-wakil syarikat modal teroka dan pelabur yang hadir.

“Adalah penting supaya dasar-dasar Kerajaan mengambil kira perspektif dan strategi jangka panjang mereka.

“Saya tegaskan tekad Kerajaan mendokong syarikat-syarikat pemula dengan mempunyai dasar yang jelas merangkumi visi negara, kekuatan sumber dan perspektif pelabur,” katanya.

Sidang Kemuncak KL20 yang bermula hari ini dijadualkan berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), membabitkan perkongsian lebih 50 pakar dan disertai lebih 3,000 peserta dalam dan luar negara.

Antara penceramah yang akan berkongsi pengalaman mereka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Datuk Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Teknologi Amazon.com, Dr Werner Vogels, Timbalan Ketua Pegawai Pelaburan China Investment Corporation, Dr Qi Bin, Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani serta Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Pada 11 September tahun lalu, ketika pembentangan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025, Perdana Menteri dilaporkan berkata pembangunan syarikat pemula kritikal dan mendesak bagi mempercepat peralihan struktur ekonomi negara.

Beliau berkata, ia ternyata lebih demokratik dalam menarik penyertaan lebih ramai bakat dan anak muda yang sanggup meneroka lapangan berkaitan dengan segala risikonya, justeru kerajaan akan memperkukuhkan ekosistem modal teroka bagi menyegerakan pembentukan syarikat pemula berasaskan teknologi.

Katanya, inisiatif khusus akan diperkenal untuk mengumpulkan sumber daripada pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional Berhad dan KWAP dengan tumpuan akan diberikan kepada pelabur dan syarikat pemula yang masih pada peringkat awal, dan mereka akan turut diperkasa agar lebih ramai bakat tempatan muncul sebagai pencipta dan pembangun teknologi.

Pada pembentangan itu, Perdana Menteri turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan menyediakan geran berjumlah RM266 juta pada 2023 kepada syarikat pemula tempatan untuk melahirkan lebih banyak syarikat bertaraf unikorn. – Getaran, 22 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Semasa 23 jam yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 19 jam yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan