web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengawal Peribadi Ditembak Di KLIA Sudah Sedar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 8:36AM

Suspek kes tembak di KLIA yang tembakannya terkena seorang pengawal peribadi, ketika dibawa ke Lembah Klang selepas mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Kota Bharu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan ketika melindungi majikannya dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 Ahad minggu lepas sudah sedar semalam.

Isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata keadaan Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, atau lebih dikenali sebagai Along, yang menerima rawatan di Hospital Cyberjaya ketika ini semakin pulih.

"Dia sudah sedar. (Pihak hospital) telah hentikan pemakaian alat bantuan pernafasan pagi tadi dan suami dah boleh bercakap sedikit," katanya kepada Bernama semalam. 

Insiden pada kira-kira 1.30 pagi pada 14 April lepas itu menyaksikan seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dan satu daripadanya telah terkena mangsa yang juga pengawal peribadi isteri suspek.

Suspek, 38, yang melarikan diri selepas kejadian, kemudian ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan pada 15 April.

Mahkamah Majistret Kota Bharu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki itu selama tujuh hari dari 16 hingga 22 April bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Sekyen 8 Akta Senjata 1960. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran