web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Nombor Pendaftaran Palsu, Simpan Di Stor Haram Antara Taktik Sindiket Penyelewengan Diesel Bersubsidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 9:02AM

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dikesan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, berkata selain itu pihak sindiket juga menggunakan stor haram sebagai tempat menyimpan dan memindahkan bahan api bersubsidi itu sebelum ia dijual di pasaran gelap.

Taktik itu bagaimanapun berjaya dikesan penguatkuasa KPDN apabila sebuah premis stor haram di Klang, diserbu pada 16 April lalu.

Beliau berkata, melalui Ops Tiri situ, pihaknya menemui 9,000 liter diesel serta peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan bahan api itu, di premis yang beroperasi di Jalan Johan Setia itu.

"Sebuah lori, beberapa buah tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC) dan skid tank yang mengandungi minyak diesel, motor pam serta beberapa dokumen berkaitan dan peralatan lain yang dijumpai di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM88,300 dan dua lelaki tempatan berusia 67 dan 48 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya melalui satu kenyataan media.

Azman berkata, kes itu kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit aktiviti itu, selain rantaian pengedaran diesel termasuk sumber bahan api berkenaan diperoleh dan ke mana ia diedarkan.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat terbabit akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613). – Getaran, 21 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad