Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pusat Jantung Negara Sabah Bakal Jadi Fasiliti Kedua Terbesar Selepas IJN

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:28PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Sabah. - gambar FB Anwar Ibrahim

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembinaan Pusat Jantung Negara Sabah bakal menjadi pusat rawatan jantung kedua terbesar di negara ini selepas Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Kewujudan fasiliti Kesihatan itu kelak membolehkan rakyat dan penduduk di Sabah menikmati rawatan kardiologi lebih baik tanpa perlu meninggalkan negeri berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia antara beberapa inisiatif kerajaan Persekutuan untuk kesejahteraan rakyat di Sabah.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kerajaan Persekutuan bakal menyalurkan peruntukan segera RM80 juta.

“Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke ibu negara,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar membuat pengumuman itu ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri berkata, kunjungannya di Sabah hari ini digunakan sepenuhnya dalam usaha merapatkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan negeri serta rakyat, terutama ketika umat Islam masih meraikan Syawal.

Selain peruntukan pembinaan fasiliti kesihatan berkenaan, Anwar berkata, beliau turut memaklumkan hasrat kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Sabah, melalui hubungan erat dengan pentadbiran di negeri itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau turut memaklumkan pentadbiran di Sabah untuk tidak terlalu selesa dengan apa yang ada ketika ini.

“Saya maklumkan bahawa perlunya lebih banyak pelaburan selain pelbagai inisiatif dilaksana bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah sekali gus memacu ekonomi di negeri ini,” katanya.

Perdana Menteri juga meluang masa bersalaman dan bergambar dengan hadirin pada majlis sambutan berkenaan.

Sementara itu, melalui satu hantaran terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan beliau mempengerusikan satu mesyuarat bersama kepemimpinan negeri.

Katanya, pada mesyuarat berkenaan, beliau meneliti beberapa permintaan, keluhan, aduan, rintihan meliputi keperluan dan keutamaan rakyat yang mendesak.

“Saya tekankan, kesengsaraan rakyat di bawah, tidak boleh lagi diteruskan dan perlu dinoktahkan segera khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi, penambahbaikan dan kewujudan baharu membabitkan inftrastruktur kegunaan rakyat.

“Antaranya klinik, hospital, jalan raya, masalah air, hasil tani, keperluan usahawan desa dan penjaja yang memerlukan intervensi selain rancangan jangka pendek serta panjang termasuk pemilihan kontraktor bersesuaian.

“Kerajaan MADANI tegas untuk membantu rakyat hatta apabila berada di Negeri Bawah Bayu ini, saya singgung keperluan laporan terkini berkaitan 25 projek sakit yang memerlukan kerjasama dan perhatian pihak terkait sewajarnya,” katanya. – Getaran, 20 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Semasa 14 jam yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 1 hari yang lalu

Hati-Hati, Tiada Pegawai Akan Hubungi Orang Awam - Kementerian Digital

oleh Wartawan Getaran